Friday, November 21, 2008

“..MUNGKIN BUKAN MILIK KITA..”

Pada suatu ketika, rasulullah s.a.w bercerita kepada para sahabat mengenai gambaran di syurga kelak, setelah baginda di perlihatkan keadaannya oleh Allah s.w.t. Lalu diceritakan kepada para sahabat, setiap nabi akan bersama umatnya yang masuk ke syurga, ada nabi hanya bersama 3 orang pengikut sahaja, dan rasulullah melihat satu kaum yang ramai, lalu baginda menyangka itulah umatnya yang akan masuk syurga, tetapi rupa-rupanya itulah umat nabi Musa a.s.
Lalu rasulullah melihat di satu sudut, satu kaum yang ramai,hitam pekat dan itulah umat Islam yang akan bersama baginda masuk ke syurga. Dan diantaranya terdapat lebih kurang 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.
Lalu setelah rasulullah menceritakan gambaran tersebut, berbincanglah para sahabat mengenai siapakah yang bertuah akan masuk ke syurga tanpa hisab. Lalu ada dikalangan mereka yang berkata” Mungkin itu bukan milik kita, kita ni pernah buat maksiat, dan menyembah berhala dahulu.” Sedang mereka rancak berbincang lalu rasulullah pun bertanyalah kepada mereka tentang apa yang sedang mereka bincangkan. Lalu mereka menjawab” Ya rasulullah kamu sedang berbincang siapakah yang beruntung masuk ke syurga tanpa hisab itu.”
Lalu rasulullah s.a.w berkata “Orang yang akan masuk syurga ini akan ada 4 sifatpada dirinya”
1. Orang yang tidak berjampi (jampi yang dilarang dalam Islam)
2. Orang yang tidak diminta dijampi
3. Orang yang tidak mempercayai tukang2 tilik dan ahli sihir
4. Orang yang kuat takwanya kepada Allah s.w.t
Jadi sahabat semua, apa yang dapat kita lihat disini, bila disebut tentang syurga para sahabat tidak merasakan syurga itu milik mereka, walaupun mereka telah melakukan pengorbanan yang besar dalam memperjuangkan Islam, berbanding dengan kita di zaman sekarang, apabila disebut tentang syurga, ramai yang mengaku itu miliknya. Apakah kita boleh mendakwa syurga itu milik kita sedang kan kita belum diuji oleh Allah.
Bentuk ujian Allah itu bukannya sekadar kesusahan ataupun kesulitan yang kita hadapi, tetapi kadang-kadang Allah sedang menguji kita dengan nikmat dan kemewahan yang kita miliki sekarang.
Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah
Baca Seterusnya

SELAMAT BERCUTI




Setiap sesuatu pasti ada permulaannya dan juga pasti ada pengakhirannya. Bermula minggu depan maka berakhirlah sudah pembelajaran sesi 1 bagi tahun 2008/09 ini di UPSI. Mungkin sudah ada dikalangan kita yang bercuti awal kerana telah habis menduduki semua kertas ujian, dan tidak kurang juga yang terpaksa menunggu hingga ke hari terakhir iaitu hari jumaat untuk menduduki kertas ujian mereka.(Termasuklah diri ku)
Walau apa pun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua teman-teman khususnya yang mengenali diri ku ini. Kepada sesiapa yang pulang dengan kenderaan sendiri berhati-hatilah di perjalanan nanti.
Walaupun pada zahirnya kita bercuti, namun biarlah kehidupan seharian kita nanti penuh dengan pembelajaran. Akhir sekali jangan biarkan IMAN kita turut cuti, biarlah IMAN kita itu sentiasa bergerak untuk mencari keredhaan-NYA.

"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (maksud al-Baqarah: 197)
Baca Seterusnya

DENGAN KEIZINAN-NYA..

Alhamdulillah tepat jam 11.30 pagi, waktu Tanjung Malim selesailah sudah perjuangan ku dalam menuntut ilmu untuk semesta ini. Kertas ujian Insrumentasi Asas menjadi kertas ujian ku yang terakhir dan penuh dengan pelbagai dugaan bagi semester ini, selepas terpisah lebih kurang 9 hari dengan kertas yang terakhir. Nak kata bleh jawab, ade yang tak leh jawab jugak. Ape-ape pun setelah berusaha, yakin dan penuh tawakkal ku kepada Allah.
“ Pijol, bentuk electrodynamometer macam mane?. Aku lupa la, aku ingat gelung lepas tu ada benda bergerak kat tengah-tengah. Tanya ku kepada rakanku yang berada di depan aku, selepas kertas jawapan dikutip. Alhamdulillah ada soalan yang aku mampu jawab, walaupun tahap konfiden tu rendah.
Dalam 9 hari tu macam-macam benda aku telah lakukan, bukan setakat study jer, malah blog ini juga aku buat dalam selang waktu tersebut juga. Kalau study pun paling lama aku boleh tahan 2 jam jer, lepas mulalah gelisah nak buat benda-benda lain. Mungkin aku kena ubah tabiat ni kot.
“ Ma ore abis doh prekso(exam), baru abis td. Kata ku dalam talian kepada ibuku. Pah bilo balik? Tanya mak ku kembali. Esok pukul 3 naik KL ore turun muse( Bandar Gua Musang). Sekadar ingin memberitahu ibuku, agar terlintas dihatinya untuk mendoakan kesejahteraan anaknya selalu.
Apa- apa pun, dengan keizinanNYA lah, aku berada di situasi ini sekarang, dan dapat menjalani peperiksaan ini dengan sepenuhnya. Tapi nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam di dalam diriku ini.
Baca Seterusnya

Thursday, November 20, 2008

“…DENGARLAH DAN TAATLAH..”

Lalu berkatalah Saidina Umar Al-Khatab r.a ketika hendak memulakan ucapannya:”Wahai umat islam dengarlah dan taatlah.”. Namun sebaik sahaja Saidina Umar berkata demikian, maka bangunlah sahabat yang bernama ibnu Abbas r.a, lalu beliau berkata:” Wahai umat islam jangan dengar dan jangan taat”. Dan Saidina Umar r.a bertanya: “Kenapa wahai ibnu Abbas?.
Lalu Ibnu Abbas r.a berkata:” Wahai Umar sebelum kamu menyuruh kami mendengar dan taat akan ucapanmu, terlebih dahulu kamu kena jelaskan baju yang kamu pakai tu, kamu ambil dari mana?”. Kebetulan ketika itu Saidina Umar r.a memakai sehelai jubah yang diperbuat dari kain rampasan perang, dan kain rampasan perang itu selepas perang telah dibahagikan dan diagihkan untuk setiap orang hinggakan tidak cukup untuk seseorang itu hendak membuat baju.
Lalu Saidina Umar pun menjawab, “wahai ibnu Umar sila bangun”. Namun tiada seorang pun yang bangun dikalangan mereka. Lalu Saidina Umar berkata sekali lagi, “Wahai Abdullah bin Umar sila bangun”. Lalu bangunlah Abdullah dan Saidina Umar menyuruh beliau jelaskan.
Lalu Abdullah pun berkata,” Baju yang ayah saya pakai itu , separuh darinya adalah bahagian ayah saya sendiri dan separuh lagi adalah bahagian saya, yang saya sedekahkan kepadanya.” Jelas Abdullah.
Selepas mendengar penjelasan dari Abdullah, lalu berkatalah ibnu Abbas r.a: “Baiklah, dengarlah dan taatlah”.
Apa yang menarik saya ingin kongsikan di sini ialah di zaman kegemilangan Islam dahulu, sentiasa wujud tabiat atau perlakuan saling tegur-menegur dan saling menasihati, agar mereka dapat menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia juga dapat menghalang seseorang daripada terus melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t.
Ia juga mengambarkan sikap hati-hati para sahabat dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak melakukan sesuatu kemungkaran kepada Allahs.w.t. Sikap hati-hati ini adalah penting kerana ianya dapat mengambarkan kekuatan TAKWA seseorang itu kepada Allah s.w.t. Kerana TAKWA itu boleh dikatakan sebagai sikap yang berhati-hati dalam mengerjakan sesuatu perkara agar tidak terlanggar peraturan yang Allah s.w.t tetapkan. Sekian
p/s : sama-samalah kita tingkatkan Iman dan Takwa kepada Allah s.w.t
Baca Seterusnya

MASIH MENUNGGU

Di saat ini, aku masih lagi menanti untuk menduduki kertas ujian terakhir untuk semester ini, iaitu kertas Instrumentasi Asas yang dijadualkan akan bermula pada 21/11 ini.InsyaAllah.
Jarak masa selama 9 hari dengan kertas ujian yang terakhir aku duduki iaitu pada 12/11 untuk kertas Termodinamik, memberikan aku lebih masa untuk mengulangkaji subjek ini. Namun kadang-kadang ada juga timbul rasa bosan akibat jarak masa yang terlalu lama ini. Mungkin sesetengah orang sukakannya kerana dapat memberikan mereka waktu secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi bagi aku jarak masa ini adalah terlalu lama. Tetapi aku bernasib baik kerana teman serumahku seramai 5 orang juga turut menunggu seperti aku. Jadi tidaklah terasa sunyi sangat.
Namun, aku masih lagi kuatkan diri untuk mengulangkaji subjek ini sehingga ke saat ini. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya, sebaliknya untuk mendapatkan ilmu kita kena berusaha untuk mendapatkannya dan apabila mendapatnya kita hendaklah menghargainya.
Semoga semua sahabat dapat menjalani kertas yang terakhir ini dengan jayanya.
“Wahai tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur.” Amin.
Baca Seterusnya

Wednesday, November 19, 2008

PENGORBANAN

Setiap jalan yang dilalui untuk menegakkan sistem Islam tidak akan dihampari oleh bunga-bunga, sebaliknya jalan itu penuh dengan keringat-keringat, darah dan air mata. Itulah pengorbanan yang diperlukan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Setiap dakwah memerlukan pengorbanan, dan setiap kemenangan juga memerlukan banyak pengorbanan. Kerana itulah perjuangan kita untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini memerlukan pengorbanan yang sewajarnya. Namun pengorbanan yang diberikan itu, sepatutnya kurang daripada pengorbanan yang perlu kita bayar untuk mengekalkan sistem@ pemerintah @ penjajah yang zalim yang telah meletakkan Islam dalam kedudukan yang hina-dina dan miskin pada hari ini.
Islam itu sebenarnya sentiasa bergerak maju dan kuat, walaupun digugat dari pelbagai sudut dan dari pelbagai pihak yang anti-Islam, kerana sebenarnya dunia sedang menantikan kemunculan dan kebangkitan baru Islam. Tugas islam kepada manusia umumnya tidak jauh bezanya berbanding tugasnya di awal permulaan islam dahulu, iaitu mewujudkan satu sistem yang dapat membela dan memberikan keadilan sejagat, serta mampu memberikan keseimbangan dari sudut tuntutan kebendaan dan juga tuntutan kerohaniah untuk bekalan di akhirat kelak.
Kelak, dunia yang sedang lemas dengan perlumbangan kebendaan dan tidak pernah aman dengan pelbagai pergolakan pasti akan mencari kembali satu sistem yang dapat memberikan keseimbangan tuntutan dunia dan juga tuntutan rohaniah, iaitu sistem ISLAM.
Oleh itu bagi kita umat Islam yang ingin merealisasikan sistem Islam di muka bumi Islam ini, memerlukan banyak pengorbanan seperti pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di zaman lampau bagi menyakinkan kepada dunia, bahawa kebaikan-kebaikan Islam ini. NAMUN PENGORBANAN INI TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH. FirmanNYA:”Allah akan menolong mereka yang memperjuangkan ajaranNYA; sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.”
SUNGGUH BENAR FIRMAN ALLAH YANG MAHA BESAR.
Baca Seterusnya

Tuesday, November 18, 2008

ADAB SELEPAS MAKAN

Imam Ghazali memberikan beberapa tunjuk ajar tentang adab yang perlu dijaga selepas makan iaitu:
1. Berhenti makan sebelum kenyang
2. Menjilat jari
3. Membasuh tangan
4. Berdoa
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing
6. Banyakkan bersyukur kepada Allah
7. Beristighfar supaya diampunkan Allah, andai kata terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan
Baca Seterusnya

BAGAIMANA JALANNYA?

Pernahkah sahabat-sahabat terfikir bagaimana jalannya untuk kita merealisasikan sistem Islam di bumi ini.

Sebagai penganut Islam, kita percaya bahawa Islam merupakan sebaik-baik sistem hidup untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Sejarah juga telah membuktikan bahawa Islam ini mampu untuk kita mencapai kembali kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial, sebagai contoh di zaman pemerintahan Rasullah s.a.w dan juga di zaman pemerintahan khulafah Ar-Ryashidin.

Namun bagaimanakah jalannya untuk merealisasikan pemerintahan Islam dizaman sekarang,alam yang penuh dengan golongan anti-islam dan juga dikalangan negara-negara Islam yang diperintah oleh pemerintah-pemerintah yang menentang Islam sama ada secara jelas atau pun tersembunyi.

BERIMAN. Itulah jalan untuk merealisasikan sistem Islam di bumi Allah ini. Jika di awal permulaan Islam dahulu, imam menjadi pembangunnya, maka imam jugalah yang diperlukan untuk menjadi pembangun Islam di akhir zaman ini.
Jika dahulu umat Islam menghadapi dua empayar yang paling kuat di zaman itu, iaitu empayar Rome dan empayar Parsi, dan kedua-duanya mempunyai kelengkapan yang berkali ganda melebihi umat Islam, baik dari segi tenaga manusia, bekalan-bekalan senjata, kekayaan, politik dan sebagainya.

Namun, atas faktor IMAN inilah sebilangan kecil umat Islam mampu menumpaskan kedua-dua empayar ini. IMAN inilah yang mendorong umat Islam untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini dengan penuh keberanian.

“Bukankah tiada dinding lagi diantaraku dengan syurga, melainkan hanya aku pasti berjuang membunuh lelaki ini (penentang Islam), atau aku dibunuh olehnya.”Lalu penuh semangat pejuang islam menuju ke arah musuh.

“Kamu tidak menunggu kami melainkan untuk memberikan kami salah satu dari dua hadiah yang paling cemerlang iaitu kemenangan Islam atau mati syahid. Kata – kata ini menunjukkan kekuatan iman pejuang Islam di zaman dahulu yang menjadi pendorong untuk berjuang.

Jalan untuk menegakkan Islam ini TIDAK dihampari dengan bunga-bunga, malah jalan ini penuh dengan keringat-keringat, darah dan air mata.
Sahabat-sahabat semua, KUATKANLAH IMAN, AGAR TERTEGAK ISLAM DI BUMI ALLAH INI.

“Dan bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang) dan di hari ini bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-NYA dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”(Ar-Ruum:4-5)
Baca Seterusnya

Monday, November 17, 2008

MINGGU TERAKHIR

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu lagi, akan berakhirlah pembelajaran sesi 1, bagi tahun 2008/09. Pada minggu ini jugalah, kebanyakkan pelajar akan menduduki kertas ujian yang terakhir bagi semester ini. Suasana di sekitar kampus dan juga kolej-kolehj kediaman telah mula menunjukkan sedikit perubahan, tidak seperti minggu-minggu sebelumnya dimana suasana telah mula lengang dengan bilangan pelajar mula berkurangan sama ada di kamus dan juga di kolej-kolej kediaman.
Mungkin ada sesetengah pelajar telah mula meninggalkan kampus untuk kembali ke kampung halaman. Tidak kurang juga ada sesetengah pelajar terpaksa menunggu hingga ke hari yang terakhir iaitu hari Jumaat ini untuk menduduki kertas ujian mereka yang terakhir bagi semester ini.
Akhir kata, kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya menduduki semua kertas ujian, semoga mendapat keputusan yang baik nanti, InsyaAllah dan kepada yang mula merancang untuk balik ke kampung selamat bercuti di ucapkan. Tidak lupa juga kepada yang masih lagi menunggu untuk menduduki kertas ujian, semoga dapat mendudukinya dengan tenang dan penuh persediaan untuk mendudukinya.
Baca Seterusnya

Adab Ketika Makan

Imam Al-Ghazali juga menyenaraikan beberapa adab ketika makan supaya makanan itu diberkati oleh Allah.
1. Mulakan dengan bismillah dan doa
2. Makan dengan tangan kanan
3. Mengunyah dengan baik
4. Jangan dicaci sebarang makanan
5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan
6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggu dengan sabar
7. Jangan makan secara berlebihan
8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit sahaja kecuali sekiranya perlu.
p/s : Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
Baca Seterusnya

Saturday, November 15, 2008

Temui- Sheikh Yusuf Estes



Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari
http://saintisislam.blogspot.com/2008/11/sheikh-yusuf-estes-live-in-malaysia.html
Baca Seterusnya

Berdisiplin dalam Makan dan Minum

Imam Al-Ghazali, dalam Ihya Ulumuddin menyenaraikan tujuh adab sebelum makan perlu dijaga:
1.Memastikan makanan daripada sumber yang halal
2.Membasuh tangan
3.Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai(melatih diri tawaduk). Namun jika makanan diletakkan diatas mehja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
4.Duduk dengan cara yang betul. Dilarang makan sambil berbaring ataupun bersandar.
5.Berniat supaya makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah
6.Bergembira dengan rezeki yang dikurniakan dan bersyukur kepada Allah
7.Makan secara beramai-ramai, elakkan makan seorang diri
Baca Seterusnya

Pengharaman 'Pengkid'

Pada 23 Oktober yang lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat satu keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau ‘pengkid’. Keputusan ini telah dibuat bagi mengelakkan gejala ini semakin menular di negara kita.

Namun, masih ada segelintir pihak yang cuba melakukan provokasi bagi membantah keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Golongan ini dilaporkan menganjurkan protes umum ataupun membuat kritikan terbuka terhadap keputusan ini. Protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

Mungkin golongan ini tidak mengerti atau pun tidak tahu proses sesuatu keputusan ataupun fatwa baru yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.
Bagi yang beragama Islam, mereka haruslah sedar bahawa keputusan ini dibuat bagi menjaga kesejahteraan ummah dan juga nur islam khususnya. Dan bagi yang non-muslim mereka haruslah sedar dan tahu menghormati agama Islam yang telah termaktub didalam perlembagaan.

Sebagai seorang umat islam, kita haruslah bertanggungjawab untuk mempertahankan kesucian Islam dan saling menasihati diantara satu sama lain.

p/s “Kenali dan fahami Islam itu sepenuhnya, barulah lahir rasa cinta dan sayang pada Islam, dan yang paling indah ialah lahirnya rasa taqwa kepada Allah.”
Baca Seterusnya

SAINGAN SENGIT KE SBP

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru ini menyaksikan seramai 46,461 calon yang mendapat 5A, namun menurut sumber kementerian hanya 6,100 daripadanya berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Selain itu pihak MARA juga turut menyediakan 5,320 tempat kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bagi memasuki Tingkatan Satu di 38 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara, bagi sesi persekolahan tahun depan.

Saingan sengit pastinya berlaku kerana pihak kementerian memberitahu bahawa telah menerima sebanyak 92,800 permohonan. Kementerian juga sedang melakukan pemilihan pelajar yang sesuai dengan satu penilaian khas akan dilakukan bagi menentukan sama ada mereka benar-benar layak belajar di SBP.

4 aspek utama yang akan diambil kira dalam penilaian khas tersebut iaitu pencapaian akademik, taraf pendapatan serta lokasi tempat tinggal, kokurikulum dan bakat kepemimpinan.

Keputusan sama ada murid itu layak atau tidak diketahui sebelum sambutan Krismas, 25 Disember ini bagi permohonan ke SBP. Manakala untuk ke MRSM permohonan kini dibuka dan calon yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan mendapatkan borang di semua pejabat Mara negeri dan daerah seluruh negara, manakala semakan boleh dibuat pada minggu terakhir Januari.
Baca Seterusnya

Friday, November 14, 2008

APA KHABAR PALESTIN

Bagaimanakah nasib-nasib saudara seagama kita disana. Apakah masih lagi berdepan dengan pelbagai dugaan dan tidak kurang juga penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab( Yahudi dan sekutunya).
“Kemesraan, kasih saying, dan saling berbalas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan akan merasa panas dan gusar.”(riwayat al-bukhari dan muslim)
Namun, sokongan umat Islam dari luar Palestin masih belum mencukupi untuk menentang rejim yang zalim itu. Bagi membantu saudara kita di Palestin, yang pertama sekali kita haruslah sentiasa peka dan faham tentang isu Palestin, setelah kenal barulah kita cinta, iaitu mencintai palestin dan Al-Quds. Akhir sekali barulah kita menghulurkan bantuan kepada saudara kita yang memperjuangkan hak mereka yang mana secara tidak langsung turut mempertahankan agama Islam.
Jadi apa yang penting sekarang ini, kita haruslah memahami Islam dengan kefahaman yang betul dan tetap, agar aqidah kita benar-benar mantap dan sukar untuk digugat. Pada masa itu barulah merasai kemanisan imam, yang lahir dari perasaan takwa kepada Allah dan takwa itu boleh lahir dengan rasa takut dan gerun kepada Allah melebihi rasa takut dan gerun sesama makhlukNYA.
“Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah tertinggi, maka ia berada di jalan Allah”(riwayat al bukhari dan muslim)
Baca Seterusnya

KURIKULUM PERMATA

Kurikulum Permata yang menekankan kepada perkembangan yang holistik dari segi emosi, rohani, sosial dan intelek bagi pembangunan potensi kanak-kanak di bawah usia empat tahun akan diperluaskan ke pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak kendalian kerajaan tahun hadapan menurut TPM yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara.
Program ini akan dijalankan secara berperingkat melalui beberapa kerjasama dengan beberapa buah kementerian dan agensi yang berkenaan. Menurut beliau lagi sekiranya asas pendidikan awal terbaik dapat diberikan kepada setiap rakyat melalui program Permata, maka ia bakal menjadi pelaburan yang cukup bermakna dalam melahirkan aset penting kepada negara.
*Anak adalah permata, kitalah yang mencorakkannya.

Sumber Utusan
Baca Seterusnya

PPSMI AKAN DINILAI

Keputusan UPSR yang diumumkan semalam, memberikan pelbagai jawapan dan kesan kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Walaupun terdapat penurunan pelajar yang mendapat 5A, namun menurut pihak kementerian keputusan kali ini adalah memuaskan.
Namun begitu, keputusan UPSR ini tidak akan dijadikan sebagai penanda aras untuk menentukan dasar PPSMI pada masa depan. Terdapat banyak lagi faktor yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian, sebagai contoh keberkesanan guru untuk mengajar subjek berikut dalam bahasa Inggeris serta kesan kepada penguasaan bahasa Kebangsaan.
Perkara ini akan dibincangkan dalam sesi meja bulat yang diadakan buat kali ketujuh berhubung pelaksanaan dasar ini. Keputusan untuk meneruskan dasar PPSMI itu akan dibuat berdasarkan beberapa ciri bagi memastikan masa depan para pelajar tidak terabai.

*Genaplah 5 tahun PPSMI ini diperkenalkan di sekolah, iaitu bermula dari tahun 2003.
Baca Seterusnya

Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Ke-3

Setelah bersidang selama 4 hari di Melaka yang berakhir pada 6 November lalu, maka 6 resolusi telah diluluskan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pertimbangan dan tindakan susulan seterusnya.Berikut ialah resolusinya:

1. Memohon kepada kementerian melengkapkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) seperti komputer riba dengan talian internet, di semua Unit Bimbingan dan Kaunseling setiap sekolah di seluruh negara.

2. Meminta kementerian mengkaji semula peruntukan Bantuan Perkapita Unit Kaunseling dengan kadar RM 4.50 seorang kepada RM20

3. Memohon kementerian menyediakan peruntukan khas bagi menaiktaraf bilik serta kemudahan unit berkenaan untuk kesejahteraan murid

4. Memohon untuk diwujudkan sub-unit bimbingan dan kaunseling di Sektor Hal Ehwal Murid di Kementerian Pelajaran, selain di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di jabatan pelajaran negeri serta Pegawai Bimbingan dan Kaunseling di pejabat pelajaran daerah

5. Memohon kementerian menyediakan peruntukan khas bagi tujuan latihan peningkatan profesionalisme guru terbabit di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa (Program Pengantarabangsaan Sekolah)

6. Memohon agar jawatan kaunselor Gred Terbuka di Bahagian Psikologi dan Kaunseling di peringkat kementerian, JPN dan daerah dikhususkan kepada guru memiliki latar belakang bidang berkenaan kerana lebih memahami dan menjiwai keperluan pelajar yang memerlukan perkhidmatan kaunseling

Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Zam Zam Omar, berkata resolusi itu diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussien pada majlis penutupan persidangan berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Sambil menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa berusaha memikul tanggungjawab melaksanakan dasar, operasi, proses dan prosedur Kementerian Pelajaran dalam merealisasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
(sumber Berita Harian)
Baca Seterusnya

Thursday, November 13, 2008

MELAYU ADALAH ISLAM, ISLAM ADALAH MELAYU?

Sinonim ini sudah lagi tidak tepat dakwaan sesetengah pihak. Sebagai contoh berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 1980 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan adanya orang melayu yang menganut selain daripada Islam. Angka yang dilaporkan ketika itu ialah seramai 64,503 melayu tidak beragama Islam.
Namun saya percaya angka itu mungkin telah berubah terutamanya dengan pelbagai cabaran yang melanda umat islam di akhir zaman ini sebagai contoh gejala murtad. Jika dahulu orang bukan Islam dating ke pejabat agama Islam untuk memohon masuk Islam, namun sekarang telah berubah, ramai orang yang dating ke pejabat agama Islam untuk memohon keluar Islam.
Sekarang pula timbul pelbagai fahaman yang boleh menyesatkan umat Islam, sebagai contoh fahaman Sekularisme yang semakin berluasa sekarang.
Saya teringat petikan didalam sebuah buku yang bertajuk “Asas-asas Islam” yang ditulis oleh seorang ulama’ Abu Ala Al Maududi, yang mengutarakan satu persoalan yang saya rasa menarik untuk dikongsi kepada sahabat semua iaitu “Jika kamu berjumpa dengan seseorang, atas alas an apa kamu nak panggil seseorang itu sebagai seorang yang beragama Islam” adakah kerana rupanya?, namanya? Ataupun bangsanya?.
Jadi sama-samalah kita fikirkan..
tepuk dada, tanya iman
Sekian,
Baca Seterusnya

Kisah Seorang Guru dengan Muridnya

Pada suatu hari, seorang ustaz ingin berceritakan kepada murid-muridnya tentang syurga dan neraka. Lalu diceritakan terlebih dahulu kepada muridnya tentang pelbagai nikmat di syurga, yang terlalu indah untuk dibayangkan. Setelah selesai lalu ustaz tersebut berkata :" siapa dikalangan kamu yang ingin masuk syurga kelak, angkat tangan?".Lalu semua murid mengangkat tangan, kecuali seorang.

Lalu ustaz tersebut pun meneruskan bercerita dengan azab siksaan di neraka, yang sangat pedih dan berat siksaannya. Setelah selesai ustaz tersebut bertanya kepada muridnya:"siapa dikalangan kamu yang tidak ingin masuk neraka kelak, angkat tangan?". Lalu semua murid mengangkat tangan kecuali seorang murid yang sama tadi.

Lalu ustaz tersebut pun menghampiri murid tersebut, dan bertanya"mat kamu ni nak kemana, syurga pun xnak neraka pun xnak?" Lalu murid tersebut pun menjawab:"Ustaz, saya xnak kemana-mana, sebab mak ayah saya pesan lepas sekolah xpayah pergi ke mana-mana".

Jadi berdasarkan cerita diatas dapat saya ulaskan sedikit disini bahawa, hidup kita ini haruslah ada arah tujuannya, supaya apa yang akan kita lakukan adalah bersesuaian dan mampu mencapai tujuan yang kita tetapkan. Sebagai penganut Islam kita tidak dapat lari dari satu tujuan yang satu, iaitu mengharapkan keredhaan dari Allah s.w.t.

"Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah"
Ya Allah aku mohon redhaMU dan syurgaMu..Amin
Baca Seterusnya

KEPUTUSAN UPSR 2008

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sesiapa yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Kepada semua bakal guru, ingatlah keputusan ini dijadikan ukuran samaada program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI).

Kepada semua sahabat, bersiap-sedialah nanti dengan sebarang keputusan mengenainya. Kita sebagai bakal pendidik haruslah buat yang terbaik untuk anak bangsa kita.Insyaallah
Baca Seterusnya

KENALI KABINET MPP UPSI 2008/09 (new)

Yang DiPertua
Mohamad Hairie bin Abdullah (FB - Menang tanpa bertanding)


Timbalan Yang DiPertua
Nor ‘Ain Bt. A. Razak (Umum-4011 undi)


Naib Yang Dipertua
Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)


Setiausaha Agung
Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)


Pen. Setiausaha Agung
Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)


Bendahari
Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)


Pen. Bendahari
Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)


Exco Ekonomi & Keusahawanan
Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi)
Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)


Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Lee Sun Ju (Etnik cina-menang tanpa bertanding),
Punethan (Etnik india-menang tanpa bertanding)


Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Nor Faiz bin Mat Ali (FSS-menang tanpa bertanding)
Siti Nor Hazliza binti Rosli (FSS-menang tanpa bertanding)


Exco Penerbitan & Informasi
Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi (FSM-menang tanpa bertanding)
Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)


Exco Perpaduan & Integrasi
Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi)
Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)


Exco Kesenian & Kebudayaan
Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding)
Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (FST-1389 undi)


Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi)
Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)


Exco Akademik & Kerjaya
Arif bin Mohamad (umum-3757 undi)
Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof (umum-3532 undi)


Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Akmal bin Madzir (umum-4124 undi)
Norhafizawati binti Mahmad Rozali (FST-1055 undi)


Setelah majlis watikah perlantikan yang disempurnakan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, maka inilah kabinet yang bakal meneruskan misi dan juga visi universiti. Namun disebalik barisan kabinet ini, timbul pelbagai persoalan mengenainya, terutamanya kenapa sesetengah calon UMUM tidak diletakkan sebagai ahli Majlis Tertinggi sedangkan telah jelas bahawa mereka merupakan calon pilihan oleh para mahasiswa.

Namun ada sesetengah pihak yang mempertahankan barisan kabinet ini dengan berpandukan kepada akta universiti dan kolej universiti (AUKU).

Diharapkan kepada semua ahli MPP akan dapat memikul amanah yang telah diberikan oleh para mahasiswa dengan jayanya dan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi harap anda semua dapat mengenali barisan kabinet MPP Upsi sebagai rujukan anda kelak.

p/s : Ingatlah selamanya kebenaran akan menang, jika tidak di dunia maka kelak diakhirat.





Baca Seterusnya

Dakwaan bayaran ceramah RM8000 sejam angkasawan

Sehingga kini, dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap angkasawan pertama negara masih lagi belum dibuktikan atau belum ada aduan formal mengenainya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pihak kementerian dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menyiasat dakwaan ini, kerana ianya turut melibatkan nama baik negara di mata dunia sekali gus. Oleh itu pihak kementerian berharap jika ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini, bolehlah dikemukan kepada kementerian untuk dilakukan siasatan.

Timbalan Menteri MOSTI menegaskan bahawa angkasawan itu kini bergerak menerusi Agensi Angkasa di bawah kementeriannya dan tiada caj yang dikenakan jika beliau menyampaikan ceramah anjuran kementerian berkenaan.

Timbalan Menterinya juga turut menegaskan bahawa akan mengumumkan hasil siasatan setelah laporan kes itu siap sepenuhnya.
Baca Seterusnya

Program Bersama Habiburrahman El Shirazy




















Semua mahasiswa-mahasiswi dijemput hadir pada majlis berkenaan sekiranya ada kelapangan waktu.
Baca Seterusnya

Peristiwa di Indonesia


Al-Fatihah kepada Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas yang telah pergi meninggalkan dunia ini untuk bertemu Ilahi, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Baca Seterusnya

Selamat Menempuhi Final Exam

Baca Seterusnya

Wednesday, November 12, 2008

Impian menjadi kenyataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu menerbitkan sebuah blog sendiri dengan keizinanNya, yang selama ini hanyalah sekadar impian, namun sesuatu impian itu jika diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaallah impian itu pasti akan menjadi kenyataan.
Di akhir zaman ini, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini dengan slogan dunia tanpa sempadan ini, menjadikan pelbagai maklumatboleh didapati dengan pelbagai cara. Satu daripadanya ialah blog, yang mana boleh menjadi satu medium@perantaraan untuk mendapatkan sesuatu berita serta boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Sebagai umat islam kita haruslah cemerlang dengan teknologi sebagai mana firman Allah yang bermaksud:" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan kuda-kuda yang ditambah untuk berperang(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh". An- Anfal, 60
Oleh itu, diharapkan blog ini dapat memenuhi tuntutan tersebut, selain itu ia juga diharapkan mampu menjalinkan hubungan yang lebih luas antara saya dengan pembaca..Insyaallah.

Sekian

Ibnu fauzi
Khamis, 13 November 2008
Bersamaan 15 Zulkaedah 1429
Baca Seterusnya