Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU



Jika ada lafaz lebih tinggi daripada “terima kasih” maka itulah ucapan yang harus aku berikan kepada insan yang bergelar guru yang selama ini telah banyak berkorban untuk mendidik insan menjadi manusia yang berguna.
Seawal usia 7 tahun, aku telah mula dididik oleh para guru hinggalah sekarang, walaupun gelaran mereka telah berubah dari guru semasa di zaman persekolahan kepada pensyarah di institusi pendidikan tinggi sekarang. Namun jasa dan pengorbanan mereka amatlah besar dalam mendidik anak bangsa untuk dinilai. Semua orang boleh menyampaikan ilmu, namun untuk mendidik dan membentuk seseorang itu memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak mengenal putus asa.
Dalam usaha kita menuntut ilmu, kita haruslah menunjukkan rasa hormat kepada guru kita agar ilmu yang kita tuntut itu diberkati oleh Allah s.w.t. Akhir kata, marilah kita mengenangkan kembali jasa dan pengorbanan guru terhadap diri kita selama ini, serta sentiasalah berdoa kepada Allah, untuk kesejahteraan mereka.
Selamat Hari Guru
Baca Seterusnya

CUTI DATANG LAGI

Teringat zaman kecik-kecik dulu tengok iklan “Tora datang lagi”, tapi sekarang usia dah semakin lanjut. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang telah aku lakukan dan belum aku lakukan. Namun yang pastinya pengajian aku untuk semester ini telah pun berakhir. Semester depan InsyaAllah merupakan semester terakhir aku di UPSI.
Peperiksaan akhir semester telah berlalu, dan menjelmalah cuti semester yang agak panjang kali ini iaitu lebih kurang 2 bulan. Suasana di Tanjung Malim memang terasa lengang dengan ketiadaan pelajar UPSI yang rata-rata balik kampung sebaik sahaja tamat menduduki kertas ujian terakhir mereka., mungkin ingin berehat dan rindu ke kampung halaman dan keluarga tersayang setelah hampir 5 bulan berada di perantauan.
Akhir kata, selamat bercuti kepada mahasiswa/siswi semua, semoga cuti ini dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Kepada mahasiswa/siswi yang terpilih mewakili UPSI ke karnival Masum di UUM, tahniah dan semoga berjaya dalam acara yang diwakili.
p/s : Tak sabar nak datang kembali pada MSK ambilan Julai ini.
Baca Seterusnya

Friday, May 1, 2009

ELECTROMAGNETISM


Setiap kali aku dengar nama ni, pertama kali benda yang aku terbayang ialah, pensyarahnya iaitu En.Rozairie. Boleh dikatakan agak sempoi dan mesra pelajar la bagi aku, antara trademarknye yang aku ingat ialah “ape masalahnye”..itulah yang keluar dari mulutnya setiap kali kami mengeluh soalan susah ataupun konsep yang sukar untuk difahami.
Benda kedua yang aku terbayang adalah, soalan final exam yang susah nanti. Bukannya bermaksud putus asa tetapi berdasarkan pengalaman menjawab soalan tutorial,kuiz dan midterm, memang susah, tapi tak taulah orang lain macam mane. Mungkin salah satu sebabnya aku malas kot nak mengulangkaji pelajaran.
Ape2 pun final exam nanti haruslah buat yang terbaik, agak result pun dapat baik jugak dan yang paling penting ialah ilmu yang kita dapat untuk digunakan sebagai seorang guru kelak. InsyaAllah
5 haribulan yang mendebarkan: Final Exam Electromagnetism...
Baca Seterusnya

Thursday, April 16, 2009

SEMOGA BERJAYA



Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.(Dr. Danial, 2005). Petikan ini menggambarkan kepentingan menuntut ilmu semasa didunia ini akan dapat dijadikan manfaat diakhirat kelak.
Sememangnya setiap umat Islam, akan mengimpikan untuk memasuki syurga diakhirat kelak, dan inilah yang disebutkan sebagai kecemerlangan hakiki. Namun begitu, perjalanan untuk mencapainya itu masih jauh dan perlu mengikuti ketetapan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Antaranya ialah menuntut ilmu yang bermanfaat. Sebagaimana sabda nabi saw yang bermaksud "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."(riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la).
Imam Ghazali mengelaskan ilmu ini kepada dua iaitu ilmu fardu ain yang mana wajib dituntut oleh setiap hamba Allah yang berakal,baligh,tanpa pengecualian sebagai contoh ilmu akidah dan fikah. Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh umat islam dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Sebagai contoh ilmu perubatan, matematik dan sains.
Akhir kata selamat menduduki peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa/wi UPSI secaraamnya dan khusus kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya. Semoga usaha kita dalam menuntut ilmu ini diredhai oleh Allah.
"Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat." Imam Al-Ghazali.
Baca Seterusnya

Thursday, April 9, 2009

SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET

Berikut ialah senarai anggota Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini,(09 April 2009).
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim



MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe



MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M Saravanan
Sumber: http://www.malaysiakini.com/
Baca Seterusnya

Sunday, March 29, 2009

CERAMAH BERSAMA DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN

Pada hari Sabtu 28 Mac 2009, alhamdulillah saya diberi keizinan oleh-Nya, untuk mengikuti satu ceramah yang bertajuk Sains Membenarkan Islam atau Islam Membenarkan Sains?. Ceramah ini disampaikan oleh Dr.Danial Zainal Abidin.
Tajuk ceramah ini merupakan satu persoalan yang menarik untuk kita fikirkan bersama. Sains merupakan satu cabang ilmu yang dilihat sangat penting dalam era kemajuan sekarang. Sesebuah negara atau bangsa yang menguasai ilmu ini dilihat akan maju dari yang lain. Agama Islam sememangnya menekankan kepentingan menguasai ilmu dikalangan umatnya. Ini dapat dilihat melalui penurunan wahyu yang pertama keatas Rasulullah s.a.w, yang mana bermaksud “Bacalah”. Ini menunjukkan betapa pentingnya penguasaan ilmu dalam agama Islam. Umat Islam juga turut dikurniakan satu mukjizat yang besar iaitu Al-Quran sebagai petunjuk dan penawar bagi manusia. Jadi tidak hairanlah orang bukan Islam juga tertarik dengan Al-Quran.
Namun begitu, menurut Dr.Danial, umat Islam sekarang kebanyakkannya hanya mengaji Al-Quran tetapi tidak mengkajinya. Lidah mengatakan bahawa Al-Quran itu merupakan mukjizat besar tetapi sikap tidak menggambarkannya. Menurutnya lagi 3 urutan penting yang harus dijadikan panduan oleh seseorang iaitu, ilmu seterusnya iman dan seterusnya amal. Sebagai contoh, seseorang itu haruslah mengenal Allah terlebih dahulu sebelum mengimaninya dan seterusnya beramal. Sebagaimana dakwah Rasulullah s.a.w yang menekankan akidah terlebih dahulu sebelum ke perkara lain.
Namun begitu, bagaimana kita hendak memacu ilmu ini?. Jawapan yang diberikan cukup mudah iaitu takwa. Takwa boleh memacu kearah ilmu. Tetapi takwa itu bukannya mudah untuk dilakukan dan juga tidak mustahil untuk dilakukan. Pengertian takwa berdasarkan ceramah Dr.Danial, ialah terkandung 3 perkara iaitu, taat jangan maksiat, ingat jangan lupa, dan syukur jangan kufur.
Seterusnya, dalam ceramah tersebut, dipaparkan pelbagai ayat Al-Quran yang bercirikan saintifik yang mana telah dikaji dan hanya boleh dibuktikan pada zaman sekarang. Jadi perkara ini telah menarik minat pengkaji terhadap Islam dan seterusnya ramai dikalangan mereka memeluk Islam. Sebagai contoh teori Big Bang yang mana hanya ditemui sekarang, tetapi ianya telah terdapat didalam Surah Al-Anbiyak ayat ke 30. Serta banyak lagi contoh-contoh yang lain.
Jadi sebagai kesimpulannya, Sains itu sebenarnya hanya merupakan alat untuk membenarkan sesetengah ayat Al-Quran. Sekiranya alat itu bercanggah dengan Al-Quran, maka ia haruslah dibuang.
Baca Seterusnya

Tuesday, March 24, 2009

RAWATAN ALTERNATIF MELALUI GELOMBANG DAN WARNA

15 MAC 2009: Satu seminar rawatan alternatif telah berjaya dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP. Alhamdulillah saya berpeluang menyertainya, dan sepanjang seminar itu, banyak benda yang telah saya belajar terutama berkaitan dengan warna, gelombang serta serba sedikit mengenai kaedah rawatan kristal. Pada ruangan blog saya ini, tidak salah sekiranya saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai apa yang telah saya belajar sepanjang seminar ini.
Pertama sekali saya ingin kongsikan mengenai warna pemakaian seharian kita. Berikut adalah tema warna pakaian anda mengikut hari:
Ahad : Warna Hitam
Isnin : Warna Putih
Selasa : Warna Pink
Rabu : Warna Biru
Khamis : Warna Kuning/Oren
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Seterusnya ialah mengenai jadual waktu seharian kita berdasarkan frequensi warna yang dikeluarkan oleh bumi pada waktu-waktu tertentu:
1.00am-2.00am – Bumi mengeluarkan frequensi warna pink (sesuai untuk waktu berkasih-sayang)
2.00am-4.00am- Bumi mengeluarkan frequensi warna ungu (sangat sesuai untuk menuntut ilmu)
4.00am-7.00am- Bumi mengeluarkan frequensi warna biru (digalakkan untuk tidur dan bangun 10 minit sebelum waktu subuh)
7.00am-11.00am- Bumi mengeluarkan frequensi warna hijau(sesuai untuk melakukan kerja/belajar)
11.00am-2.00pm-Bumi mengeluarkan frequensi warna kuning (sesuai untuk berehat seketika)
2.00pm-7.00pm-Bumi mengeluarkan frequensi warna oren(sesuai untuk kerja/belajar serta beriadah)
Maghrib-Isya’-Bumi mengeluarkan frequensi warna merah(digalakkan untuk berzikir@membaca al-quran, tidak digalakkan berkeliaran)
Isya’-12.00 tghmlm-Bumi mengeluarkan frequensi warna hitam (digalakkan untuk tidur/berehat)
Kita digalakkan untuk tidur dalam keadaan bersih@berwuduk dan berpakaian warna putih
Sebarang kesilapan atau pandangan dialu-alukan.
Baca Seterusnya

Sunday, March 8, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL

Rasulullah SAW dilahirkan di tengah-tengah keluarga Bani Hasyim di Makkah pada pagi Isnin, 9 haribulan Rabi’ul-Awwal. Pada tahun ini jugalah peristiwa tentara bergajah dan empat puluh tahun seltelah kekuasaan Kisra Anusyirwan atau tepat dengan 20 atau 22 haribulan April 571 Masihi.(Ar-Rahiqul Makhtum 87).
Pelbagai program atau acara diadakan semperna untuk memperingati ulang tahun kelahiran Baginda SAW dan secara tidak langsung untuk memberi peringatan dan penghayatan kepada umat islam tentang perjuangan Rasulullah bagi menegakkan dan menyebarkan Islam. Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam. Kelahiran Rasulullah SAW kemuka bumi ini telah mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur (jahiliyyah) bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang berat, seperti ancaman bunuh, kesengsaraan, penderitaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Namun keteguhan dan kesabaran baginda SAW dalam melaksanakan perintah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT telah menyebabkan agama Islam tertegak dan terus berkembang hingga ke hari ini. Sesungguhnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menegakkan Islam di bumi ini. Oleh itu sirah Baginda SAW ini perlu dijadikan sebagai pedoman bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.
Rasulullah SAW juga seharusnya dijadikan sebagai idola bagi setiap umat Islam kerana keistimewaannya serta budi pekertinya yang elok. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.
Selain itu kejayaan Baginda dalam menyebarkan Islam ini juga telah berjaya melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah dan terus menyambung perjuangannya dalam menegakkan dan menyebarkan Islam hingga ke hari ini, seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan lain-lain.
Sebenarnya, Rasulullah SAW itu seharusnya diingati oleh umat Islam itu setiap waktu bukannya hanya pada bulan kelahiran Baginda. Banyakkan selawat ke atas Baginda SAW, kuatkanlah iman agar kita dapat menjadi umat Islam yang sejati.
Baca Seterusnya

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI’UL AWWAL

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut
Baca Seterusnya

Sunday, March 1, 2009

Dilema Melayu

Alhamdulillah, 27 Feb 2009, aku diberi kesempatan dan kelapangan waktu untuk mengikuti satu diskusi intelek bertajuk “Dilema Melayu- Kurang Fikir atau Kurang Zikir?” anjuran JHEPA yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Sepanjang aku mengikuti diskusi ini, banyak benda yang telah aku pelajari dan aku juga turut merasa seronok sepanjang diskusi ini berlangsung. Awal-awal lagi Ustaz Pahrol tekankan mengenai kepimpinan. Mungkin kita tidak sedar bahawa setiap orang merupakan pemimpin, iaitu pemimpin kepada diri sendiri. Namun tugas sebagai pemimpin ini bukannya mudah dan tetapi tidak mustahil untuk dilakukan, Pesan Ustaz, pimpin diri kamu dahulu sebelum kamu memimpin yang lain dan seorang pemimpin itu hendaklah sentiasa belajar. Jika kita berhenti belajar, kita akan berhenti memimpin.
Aku juga turut merasa kagum dan tertarik dengan definisi yang diberikan oleh Ustaz mengenai fikir dan zikir ini. Menurutnya, zikir ini merupakan satu perlakuan untuk mengingat Allah, dan dari sini akan lahirlah ilmu tauhid. Ilmu ini datangnya direct dari Allah. Manakala menurut beliau lagi, fikir ini datangnya dari pemikiran atau akal manusia, dan dari sini akan lahirlah ilmu akhliah. Kedua-duanya ini haruslah saling melengkapi antara satu sama lain. Fikir memerlukan zikir dan zikir juga memerlukan fikir. Ibarat membina bangunan, terlebih dahulu haruslah disiapkan asasnya, barulah boleh didirikan bangunan tersebut, dan setiap bangunan itu juga haruslah mempunyai asas yang kukuh untuk berdiri tegak.Semakin besar@tinggi bangunan yang ingin dibina semakin besar dan kuat asas yang kita perlukan. Fikir ini sebagai bangunan dan zikir ini merupakan asas bangunan.
“Hujung akal pangkal agama” petikan kata HAMKA
Sekadar selingan, ustaz ini juga bertanya kepada kami, pendidikan anak itu bermula bila?, satu soalan yang mungkin tidak pernah aku fikirkan selama ini, lalu dijelaskan oleh ustaz bahawa pendidikan anak itu bermula sejak memilih pasangan hidup lagi. Setelah aku fikirkan betul jugak kata ustaz itu.
Seterusnya ustaz tersebut manyambung lagi dengan perubahan sikap kearah perpaduan. Menurut kajian, kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada sikap dan bukannya bergantung kepada ilmu pengetahuan. Sikap seseorang itu banyak bergantung kepada hati mereka, dan perpaduan itu juga hanya akan berjaya melalui hati, bukannya harta benda ataupun benda lain. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud
“Dan yang mempersatukan hati mereka, walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada dimuka bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi, Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-anfal(8):63)
Namun begitu, didalam hati itu haruslah dimasukkan dengan iman. 2 perkara asas bagi iman ialah feeling of god in you dan sense of the end. Menurut ustaz, dua perkara ini, insyaAllah akan dapat meningkatkan keimanan kita.
Akhir kata, saya begitu tertarik dengan satu petikan ucapan ustaz iaitu, “Kita tidak nampak Allah itu Maha Besar, kerana samaada kita anggap diri kita besar atau orang lain yang lagi besar.”
Baca Seterusnya

Saturday, February 28, 2009

PEMBUKA TIRAI KEJOHANAN

Pada 21 Feb, bertempat di Stadium Hoki Utem secara rasminya Liga Hoki Masum 2009 (div 1) telah bermula. Sebanyak 8 buah IPT sahaja yang diberi penghormatan untuk beraksi dalam liga ini, iaitu UPM selaku juara bertahan, UNITEN, UTM, Uitm, UM, UPSI serta UteM dan USM yang baru dinaikkan ke divisyen 1 kali ini.
Kami bertolak ke Stadium Hoki UteM dari kampus lebih kurang pada jam 11 pagi. Pada perlawanan ini, kami akan menentang UteM yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang. Sepanjang menyertai liga hok divisyen 1 ini, pencapaian terbaik UPSI ialah mendapat tempat ke-4 liga dan juga tempat ke-4 bagi Piala Masum. Kalau tak silap waktu itu aku berada di semester 2. First debut aku juga kalau tak silap ialah sewaktu menentang UM.
Namun,pada pembuka tirai kali ini, kami tumbang kepada UteM yang nyata lebih kuat daripada kami dari semua segi, baik dari segi fitness, mahupun taktikal. Walaupun kami berjaya mengekang mereka pada separuh masa yang pertama, namun pada separuh masa yang kedua kami gagal lagi bertahan. Akhirnya selepas tamat wisel penamat dibunyikan kami tewas 2-4.
Banyak benda sebenarnya yang perlu kami perbaiki, yang pertama sekali ialah komitmen untuk menjalani latihan, rata-rata pemain kebanyakkannya ‘lack of fitness’ serta tidak kurang juga ‘level of confident ‘ dan dari segi teknikal. Memang tidak dinafikan ketiadaan jurulatih yang sah serta gelanggng hoki yang sebenar juga merupakan antara faktornya, bukannya tidak bersyukur tetapi inilah keperluan sebenarnya dan bukannya kehendak. Jurulatih memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pasukan itu, ibarat peranan seorang guru mengajar muridnya.
Harap permainan kami selepas ini akan dapat menunjukkan peningkatan bagi mengharungi perlawanan yang seterusnya. Berikut ialah jadual perlawanan :
TARIKH MASA PERLAWANAN PADANG
21 FEB 5 PTG UPSI lwn UteM Stadium Hoki UteM
28 FEB 5 PTG UPSI lwn UNITEN Stadium MPS Seremban
07 MAC 5 PTG UPSI lwn USM Stadium Hoki USM
14 MAC 5 PTG UPSI lwn UPM Stadium Hoki UIAM
21 MAC 3 PTG UPSI lwn UTM Stadium Hoki UteM
28 MAC 5 PTG UPSI lwn UM Stadium Hoki Jln Duta
04 MAC 5 PTG UPSI lwn UiTM Stadium Hoki UIAM
Baca Seterusnya

Saturday, February 14, 2009

JANGAN BIADAP

Kali bukannya kisah seorang yang “digelarkan” sebagai penderhaka dengan seorang Sultan, tetapi kepada Sisters In Islam (SIS), agar jangan cuba merosakkan agama Islam. Jika kita sering melaung-laungkan untuk mempertahankan kedaulatan Sultan, namun mengapa tidak kita melaungkan untuk menentang musuh yang ingin memporak perandakan agama Islam ini.
Terbaru pada 13 hingga 18 Februari ini bertempat di hotel Prince, Bukit Bintang akan dianjurkan satu program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) yang dirasmikan oleh salah seorang pemimpin negara. Program ini dilihat untuk membincangkan nilai-nilai Islam Liberal yang mana merupakan antara bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam. Menurut Dr. Wan (PUMPP), musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syariat yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Islam itu sebenarnya sudah lengkap, dan tidak perlu lagi kepada Islam Liberal, jangan salah faham kepada Islam jika kita tidak mendalaminya betul betul. Menurut prinsip asas Islam, kaum wanita adalah dipandang sebagai makhluk manusia yang mempunyai roh kemanusiaan yang sama dengan kaum lelaki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telh menciptakan isterinya(Hawa) dan dari kedua-duanya Allah membiakkan kaum lelaki dan kaum perempuan yang ramai”(Surah An-Nisa). Disini ternyatalah bahawa kaum lelaki dan perempuan itu merupakan satu kejadian yang sama asal keturunan dan hak-hak mereka. Kaum wanita dalam Islam diberi kehormatan yang sewajarnya. Kehormatan mereka tidak boleh disinggung dan tidak boleh diumpat. Mereka juga tidak boleh diintip atau digeledahi rumahnya.
Akhir kalam, diharapkan kepada semua agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda untuk menghancurkan Islam ini, dan kepada pemimpin negara seharusnya mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu agama ini, bukannya terlalu menyibukkan diri dalam urusan dunia. Sekian
Baca Seterusnya

Friday, February 13, 2009

PESONA CINTA

Perasaan cinta itu lahir dari perasaan, dan perasaan itu pula adalah fitrah yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya, walaupun kita boleh menolak cinta pada waktu ini, tetapi tidak mustahil jika kelak kita pula akan mengejarnya. Namun begitu, dalam kita mengejar ataupun mencari cinta ini janganlah pula kita lalai dan leka terhadap cinta yang lebih utama iaitu cinta seorang hamba dengan pencipta-Nya. Sebagai mana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dan jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga).” (surah Ali ’Imran(3):14)
Berdasarkan ayat di atas, gambaran cinta manusia adalah sekitar hal-hal yang disebutkan dalam ayat tersebut. Tetapi di akhir ayat tersebut, Allah telah menegaskan bahawa apa yang berada disisi-Nya adalah jauh lebih baik dan lebih utama iaitu nikmat syurga. Sesiapa yang mencintai benda tersebut hingga diperhambakan oleh cintanya itu, maka ia tidak akan mendapat kurniaan dari Allah kelak. Barangsiapa yang mencintai Allah, ia adalah ibadah dan rasa cinta itu apabila digabungkan dengan perasaan rendah diri seorang hamba, maka ibadah akan menjadi semakin sempurna.
Sambutan Hari Kekasih yang diamalkan oleh orang-orang Kristian untuk meraikan hari kasih sayang demi mengingati hari kematian paderi mereka semasa di zaman pemerintahan Rom. Didalam Islam sebenarnya tidak ada istilah Hari Kekasih, walaupun Islam itu amat menggalakkan umatnya untuk mengasihi sesama saudara, namun ianya perlu untuk mengikuti batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”(surah Al-Hujurat(49):13)
Takwa ini boleh disimpulkan sebagai perasaan yang sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara kerana takut terlanggar batas yang ditetapkan oleh Allah, ataupun mendatangkan kemurkaan-Nya. Begitu juga dalam mencari ataupun menjalinkan cinta ini, haruslah ada sikap berhati-hati akan tidak melanggar peraturan Allah. Pesan seorang sahabat r.a “sesungguhnya Allah itu menyembunyikan kemurkaan-Nya dalam setiap maksiat yang dilakukan”.
Bagi manusia, menyatakan cinta itu adalah cukup mudah, namun untuk mengakuinya cukup payah. Menyatakan cinta kepada Allah adalah perkara yang cukup mudah, namun tidak ramai yang sanggup ataupun benar-benar mengakuinya. Para pencinta kepada Allah, adalah orang yang selalu menanamkan takwa dalam hatinya. Abu Hasan an-Nadwi dalam bukunya Masanid al-Iman menuturkan: Pandangan tanpa iman, laksana bola mata yang buta, dan umat tanpa iman, laksana kambing, kibas yang tersesat tak tentu arah tujuan..
Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, cinta kepada harta dan pangkat, kelak harta dan pangkat tersebut akan meninggalkan kita semasa kita menemui-Nya.
“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” (Surah At-Taubah(9):24)
Baca Seterusnya

Sunday, February 8, 2009

Kayuhan ke Sungai Bil

Pada 7 Februari, seramai 5 orang peserta telah menekadkan diri untuk berkayuh ke Sungai Bil. Pada awalnya dijangka 6 peserta bakal mengikuti kayuhan ini, tetapi seorang peserta terpaksa menarik diri di saat akhir. Seawal jam 7.30 pagi kami menikmati sarapan pagi untuk dijadikan bekalan tenaga sepanjang kayuhan nanti. Lebih kurang 30 minit menikmati sarapan, kami pun memulakan kayuhan ke Sungai Bil bermula di Taman Malim.
Terlebih dahulu pada malam sebelumnya itu kami melakukan last check yang terakhir pada basikal masing-masing untuk mengelakkan timbulnya masalah sepanjang perjalanan nanti. Namun manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang berkuasa menentukan apa yang akan terjadi. Tidak sampai 10 minit berkayuh, salah sebuah basikal menghadapi masalah pada pedal pengayuh. Perjalanan kami terganggu hampir 10 minit. Namun ini semua tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi ke Sungai Bil.
Setibanya di hadapan kolej Za’ba, masalah yang sama kembali berulang. Kami terpaksa berhenti lagi untuk membetulkan masalah. Sepanjang perjalanan itu cuaca yang redup sedikit sebanyak membantu kami untuk meneruskan kayuhan. Namun setelah memasuki jalan kampung, keadaan sedikit merbahaya dan kami perlu berhati-hati kerana banyak lori dan kenderaan berat menggunakan jalan tersebut yang hanya mempunyai 2 lorong.
Alhamdulillah lebih kurang jam 9.20 pagi, setelah berkayuh hampir 19km (andaian) kami semua selamat sampai ke Sungai Bil. Suasana yang nyaman sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat kami. Air sungai yang sejuk telah menyegarkan kembali tubuh dan membuat keringat yang keluar sepanjang perjalanan tadi. Aku tidak melepaskan peluang untuk mandi seketika, kerana kalau tak silap, kali terakhir aku kesini ialah semasa di semester 2. Kami juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di sini dengan pelbagai aksi.
Setelah hampir 40 minit di Sungai Bil, kami pun memulakan perjalanan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang beberapa kali kami terpaksa berhenti untuk membetulkan masalah pedal basikal salah seorang kawan kami. Setinggi kami panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana, kami semua selamat sampai dirumah lebih kurang dalam pukul 11 pagi.
Setibanya dirumah, barulah aku merasai kesannya, badan terasa penat, kaki seolah-olah tiada, jadi lebih kurang 10 minit selepas itu aku pun terlelap keletihan. Terima kasih diucapkan kepada Eja, Majid, Nasrul dan Zahid yang turut serta dalam kayuhan ini ke Sungai Bil. Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lain kali.
p/s Dengar cerita lepas ni nak pergi ke Kuala Kubu Baru pula..
Baca Seterusnya

Friday, February 6, 2009

Milikan Oil Drop

Inilah tajuk eksperimen kedua saya dalam subjek Fizik Moden yang telah saya lakukan pada hari Rabu yang lalu. Bunyinya seperti menarik, namun sejarah membuktikan bahawa eksperimen ini memerlukan tumpuan yang tinggi dan kejituan dalam melakukan setiap langkah bagi memastikan eksperimen ini mencapai objektifnya.
Melalui eksperimen ini, kita dapat melihat pergerakan zarah, yang mustahil untuk dilihat melalui mata kasar kita. Jadi ianya merupakan satu pengalaman yang menarik untuk melihat salah satu kebesaran-Nya. Pergerakan zarah ini kelihatan seperti manik-manik kecil cahaya, namun ianya hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika sahaja. Jadi semburan minyak ke dalam bekas yang disediakan haruslah dilakukan dengan teliti, kerana jika terlebih, akan mengganggu tumpuan untuk menganalisis pergerakan zarah tersebut, dan jika terlalu sedikit zarah akan kelihatan dalam masa yang pendek sahaja.
Zarah yang kelihatan ini akan dianalisis pergerakannya, dari segi halajunya, ketika pergerakan menurun ataupun menaik. Pergerakkan menaik dan menurun zarah ini boleh dikawal dengan mengawal cas pada permukaan “plate”. Dan melalui pengawalan cas “plate” ini kita juga boleh menentukan samaada sesuatu zarah itu membawa cas positif ataupun negative. Sebagai contoh, jika kita mengenakan cas positif pada ‘plate’ atas, zarah yang bergerak menjauhi ‘plate’ tersebut dikatakan membawa cas positif dan zarah yang mendekati ‘plate tersebut membawa cas negative.
Setelah mendapatkan halaju pergerakan zarah tersebut, maka tugas seterusnya adalah untuk mencari jisim bagi zarah tersebut melalui rumus yang telah disediakan. Jadi itulah antara tugas kami dalam eksperimen ini . Sekadar perkongsian.
p/s Siap eksperimen, lab report menyusul..
Baca Seterusnya

FUTSAL

Pada pagi Selasa, gelanggang serbaguna UPSI telah digegarkan dengan pelbagai aksi menarik permainan futsal yang ditunjukkan oleh sebilangan anak-anak muda. Mengikut perkiraan seramai lebih kurang 15 peserta yang telah menyertai permainan pada pagi tersebut.
Kehadiran dimulai dengan rombongan peserta dari rumah Taman Malim dan beberapa wakil dari Ketoyong serta seorang wakil dari KUO seawal jam 8 pagi, diikuti oleh rombongan rumah Taman Sentosa, dan akhir sekali diikuti oleh rombongan dari Taman Malim. Setelah acara sembang pagi dan “warm-up” selesai, berlangsunglah beberapa siri perlawanan futsal. Kali ini setiap pasukan dibina dengan campuran ahli, bukannya mengikut tempat kediaman mereka.
Perlawanan pertama menjanjikan pelbagai aksi menarik diantara kedua-dua pasukan, samaada dari segi skill individu mahupun teknikal berpasukan. Dengan kapasiti tenaga badan yang masih banyak, pemain dilihat tidak menghadapi masalah dalam aspek kecergasan di awal permainan. Ketika ini, saya masih lagi belum memasuki medan tempur, sebaliknya masih lagi dalam acara sembang pagi dengan beberapa rakan yang lain diluar gelanggang.
Setelah beberapa ketika bertarung, sebilangan pemain yang mula menunjukkan sifat keletihan, ditukar dengan pemain yang masih belum memasuki medan pertarungan, termasuklah saya. Di awal perlawanan, pasukan saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam menyaingi pasukan lawan. Beraksi sebagai “last man”, tugas saya adalah untuk mengemudi benteng pertahanan. Setelah beberapa ketika,kedua-dua pasukan masih lagi terikat tanpa jaringan, tetapi kesilapan penjaga gol pasukan saya yang memberikan bola kepada pemain lawan, telah menyaksikan kekalahan pasukan saya. “Apsal ko baling bola kat dia” Tanya saya, “Aku tak nampak,aku ingatkan ko”, jawabnya. Kelakar pun ada, penjaga gol tu rabun sebenarnya dan ketika tu pula beliau tidak memakai cermin mata, dan saya pula pakai baju warna sama dengan salah seorang pemain lawan. Jadi tidak hairanlah benda tu boleh berlaku.
Pada perlawanan kedua pula, sedikit rombakan telah dilakukan, penjaga gol ditukar posisi sebagai penyerang manakala tempatnya diganti oleh pemain lain. Taktik ini membuahkan hasil apabila pasukan saya berjaya menewaskan pasukan lawan, dan penjaring terbanyak adalah penjaga gol tersebut. Nampaknya beliau memang sesuai menjadi penyerang daripada penjaga gol, lalu kami gelarkan beliau sebagai Wayne Rooney.
Walaupun sepanjang perlawanan tersebut, saya tidak diberi peluang untuk menjaringkan gol, namun saya telah berpeluang untuk mempertahankan pintu gol daripada dibolosi, dan juga dengan beberapa “assist” . Setelah beberapa ketika berlari, ketawa, menyepak bola, menahan bola, mengelecek, kami pun beransurlah dari gelanggang tersebut dan ke destinasi seterusnya, iaitu Karim Corner untuk menjamu selera yang semakin menggila.
Akhir kata, terima kasih kepada yang hadir, semoga semua dikurniakan badan yang sihat, dan tidak lupa kepada pasukan Tonjol FC, teruskan latihan untuk lebih berjaya. Dan kepada semua, rajinkanlah diri untuk meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, agar badan kita kuat serta sihat. Akal yang cerdas bermula daripada badan yang sihat.
Baca Seterusnya

Saturday, January 31, 2009

“KAMU BUNUH MEREKA”


Kali ini bukan lagi dijalan raya ataupun dihadapan kedutaan Israel ataupun US, sebalik bertempat di Davos Switzerland. Pada ketika itu satu Forum Ekonomi Dunia (WEF) sedang berlangsung.
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengecam tindakan serangan zalim Israel keatas Gaza dan serta memarahi Presiden Israel Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."
Peres sebelumnya menegaskan bahawa tindakan serangan mereka adalah kerana serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Hamas, dan turut menafikan bahawa Gaza dikepung dan kebuluran tidak berlaku di Gaza. Namun realitinya umum semua tahu bahawa pejuang-pejuang Hamas melancarkan roket mereka kerana tindakan biadap rejim Israel yang telah merampas tanah dan kawasan mereka serta membunuh nyawa orang awam yang tidak berdosa. Jadi salahkah jika mereka mempertahankan hak mereka daripada terus dirampas.
Melihat kepada statistik jumlah kematian kedua-dua pihak, rakyat Palestin yang terkorban sebenarnya jauh lebih besar daripada jumlah yang terkorban di pihak Israel. Dalam serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih daripada 1000 nyawa, serta penggunaan senjata kimia yang merbahaya juga turut membuktikan bahawa Israel adalah pengganas zalim bukannya pejuang-pejuang Hamas yang hanya bertindak setelah hak-hak mereka dirampas oleh rejim Israel. Berikut adalah antara petikan kata-kata Perdana Menteri Turki sebelum meninggalkan forum.
"Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh," katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.
"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."
Seharusnya perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita bahawa umat islam haruslah lebih tegas dan bersatu dalam menjaga kedaulatan Islam dan dalam usaha memerangi musuh-musuh Islam.
“Mereka (orang-orang yang bersama Rasulullah) adalah orang-orang yang tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih saying terhadap sesame mereka.” (Al-Fath (48):29)
Baca Seterusnya

Saturday, January 24, 2009

EMPAT PERKARA

Seorang sahabat pernah mengatakan bahawa terdapat empat perkara yang disembunyikan oleh Allah dalam empat perkara. Bunyinya nampak pelik, dan mungkin tidak pernah terfikir oleh kita sebagai hamba-Nya. Dan tidak kurang juga mungkin ada yang sudah mengetahuinya. Namun tidak salah sekiranya saya ingin kongsikan bersama agar terisi nikmat yang sering melalaikan kita iaitu nikmat kelapangan.
Pertama sekali, Allah s.w.t menyembunyikan KEREDHAAN-NYA DALAM SETIAP AMALAN, jadi sebagai hamba-Nya, kita tidak seharusnya bersikap atau mengecilkan sesuatu amalan itu. Kerana boleh jadi amalan yang kita pandang sebagai remeh itu, merupakan amalan yang diredhai oleh Allah. Dan sebagai hambanya, dalam setiap urusan dunia mahupun agama yang dicari adalah redha-Nya bukan nya redha manusia. Jika seluruh manusia merestui tetapi Allah tidak meredhainya, maka tiada ertinya perkara tersebut kepada bekalan kita untuk akhirat kelak.
Yang kedua, Allah s.w.t menyembunyikan KEMURKAAN-NYA DALAM SETIAP MAKSIAT YANG DILAKUKAN. Dalam kehidupan kita, seboleh-bolehnya tanamkan dalam diri kita untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam maksiat. Kerana dikhuatiri maksiat yang kita lakukan itu dimurkai oleh Allah, walaupun bagi kita ianya kecil. Dan sentiasa berhati-hatilah dalam setiap urusan kita, serta kuatkan taqwa kepada Allah semoga kita dipelihara-Nya. Adakah kita sebagai hamba-Nya, ingin mencari kemurkaan-Nya?
Yang ketiga, Allah s.w.t menyembunyikan WAKTU MUSTAJAB UNTUK DIMAKBULKAN DOA. Sebagai manusia yang sentiasa pelbagai dugaan, keluh kesah, kita sememangnya tidak dapat lari daripada memohon pertolongan dari Yang Maha Esa. Namun janganlah sesekali berputus asa akan pertolongan Allah, sebaliknya tingkatkan amalan, cegah kemungkaran, serta sentiasalah mengingati-Nya dan mohon pertolongan serta doa kepada-Nya dalam setiap waktu. Semoga doa dan harapan kita itu dimakbulkan-Nya. Dan cepat atau lambat pertolongan Allah itu, bukannya urusan kita, yang penting hendaklah sentiasa yakin akan pertolongan-Nya.
Akhir sekali, Allah swt menyembunyikan WALI-NYA DALAM KALANGAN UMAT MANUSIA. Kenapa agaknya?. Mungkin Allah ingin mengajar hambanya agar sentiasa saling hormat-menghormati dalam kalangan manusia. Janganlah kita menyombongkan diri, dan menyangka diri kita ini sempurna ataupun terbaik kerana boleh jadi, ada lagi yang lebih baik daripada kita. Saling hormat-menghormati dapat membina ikatan ukhuwah yang teguh, seterusnya menyatukan kembali umat islam di bawah satu kalimah “La Ilaha Illallah”.
Sekian
p/s Sebarang cadangan ataupun komen adalah dialu-alukan: Ibnufauzi
Baca Seterusnya

Tuesday, January 20, 2009

KEMENANGAN HAMAS DI GAZA



Usaha yang kita lakukan sebelum ini telah menampakkan hasil. Doa munajat, solat hajat dan bantuan telah membuahkan hasil dengan kemenangan berpihak kepada kerajaan HAMAS. Dunia dihidangkan dengan berita berat sebelah, seolah-oleh kemenagan berpihak kepada rejim Zionis tetapi hakikatnya tidak.... kita menang dalam pertempuran ini, kemenangan ini bukan sahaja untuk HAMAS tetapi adalah hadiah kepada seluruh umat Islam, dan ia memberikan isyarat kepada dunia bahawa yang Maha Berkuasa itu hanya Allah.
Kita masih ingat lagi perang 6 hari dengan rejim Zionis, dimana semua negara-negara arab bersatu untuk menentang Israel tetapi telah dimalukan oleh Israel, kemenangan berpihak kepada mereka. Tetapi hari ini menunjukkan kepada kita kelompok yang kecil mampu menghalau dan memalukan kelompok yang besar berkuasa.
Selepas ini banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan, di antaranya memastikan kemenangan berpihak kepada kita tetapi dengan beberapa syarat:
1- Berkeyakinan tinggi bahawa kemenangan akan berpihak kepada kebenaran.
2- Pergantungan sepenuhnya kepada Allah dengan usaha berlipat kali ganda untuk memastikan agama ini terbela.
3- Kewaspadaan dan menjauhkan diri terhadap ancaman Yahudi dan konconya secara berterusan dan sedar terhadap usaha jahat mereka.
4- Anjakan untuk berjihad hidup subur di dalam diri umat Islam.
Sumber: http://www.amanpalestin.com/
Baca Seterusnya

Sunday, January 18, 2009

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI

JADUAL PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI
TARIKH PENGKULIAH KITAB
18 JAN Ust. Ahmad Dusuki B. Abd Rani APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM
08 FEB Ust. Khairul Anuar B. Hj Ahmad WAFI(SYARAH HADITH 40)
22 FEB Ust. Ahmad Dusuki B. Abd Rani APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM
08 MAC Ust. Khairul Anuar B. Hj Ahmad WAFI(SYARAH HADITH 40)
22 MAC Ust. Ahmad Dusuki B. Abd Rani APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM
05 APRIL Ust. Khairul Anuar B. Hj Ahmad WAFI(SYARAH HADITH 40)

Masa : Bermula 9.00-11.00 pagi
Tempat: Bilik Latihan Utama, Blok C, UPSI
Penyertaan adalah percuma
Anjuran : Persatuan Pendidikan Islam
Dengan kerjasama: Pusat Islam, Jab. HEPA UPSI

Untuk maklumat lanjut
www.ppiupsi.webnode.com
http://pusatislam.upsi.edu.my
Baca Seterusnya

Saturday, January 17, 2009

PREVIEW NOVEL: KITAB CINTA YUSOF DAN ZULAIKHA


Novel ini mengisahkan tentang cinta dan iman berlandaskan kisah Al-Quran yang telah dieksporasi ke dalam kehidupan, pengalaman dan perilaku umat sekarang. Ia juga dapat dijadikan inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalani ibadah, cinta dan obsesi kehidupan.
Novel ini mengisahkan cinta yang lahir diantara seorang pemuda desa iaitu Yusof dan seorang gadis kota iaitu Zulaikha, yang pada mulanya tidak disedari oleh kedua-duanya. Namun dalam usaha mereka mencari cinta ini, timbul pelbagai masalah dan salah faham yang menguji kekuatan mereka.
“Memang cinta itu biasanya membelenggu jiwa, keindahannya pasti membuatkan manusia leka dan lena. Tapi, anakku cinta adalah perasaan, dan perasaan itu adalah fitrah. Setiap insane akan dikurniakan perasaan ini. Kau tidak dapat lari dari cinta, mungkin hari ini kau menolaknya, esok lusa kau akan mengejarnya.” (petikan dari novel ini)
p/s Selamat membaca..
Baca Seterusnya

Saturday, January 10, 2009

SEJENAK DI RAPAT UMUM RISE FOR GAZA


10 Januari, bertempat di stadium Melawati Shah Alam, satu program rapat umum yang dianjurkan oleh Aman Palestin bagi menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman rejim zionis dan sekutunya, serta turut menyuarakan sokongan kepada perjuangan pejuang-pejuang Palestin mempertahankan hak dan agama dari terus ditindas.
Lebih kurang jam 10 pagi, rapat umum ini bermula dengan ucapan dari pelbagai wakil-wakil NGO, parti politik, serta wakil dari Palestin. Lebih 5000 peserta yang hadir pada rapat umum kali ini. Turut diadakan ialah kutipan derma bagi rakyat Palestin.
Secara ringkasnya, ucapan-ucapan dari pelbagai wakil NGO, parti politik serta wakil Palestin secara terus mengecam tindakan zalim rejim zionis dan menuntut tindakan kita semua untuk membela dan memberi pelbagai bentuk sumbangan yang termampu kepada penduduk Palestin yang telah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.
Turut disertakan beberapa lagu perjuangan diantara satu-satu ucapan yang mampu untuk menyuntik semangat untuk terus membela rakyat Palestin dan menentang rejim Zionis serta sekutunya.
Akhir kata semoga program yang dijalankan ini mampu untuk memberikan kesedaran kepada kita semua, bahawa betapa pentingnya kita sebagai umat Islam di akhir zaman ini saling menyintai antara satu sama lain. Sebagai mana kisah-kisah perjuangan para sahabat Rasulullah dahulu dalam menegakkan syiar Islam.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka(adalah) penolong bagi sebahagian yang lain.”(al-Anfal (9):71)
Baca Seterusnya

SEJENAK DI HIMPUNAN MAHASISWA


9 Januari, hampir 3000 mahasiswa dari pelbagai intitusi berhimpun di Masjid As-Shakirin berhampiran KLCC untuk menyuarakan bantahan kepada kerajaan Mesir melalui kedutaannya disini, serta yang paling utama ialah untuk menyuarakan suara mahasiswa yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim zionis keatas Palestin. Pehimpunan ini dianjurkan oleh GAMIS serta turut disertai oleh pelbagai lagi badan-badan NGO.
Sebelum bermula himpunan tersebut, terlebih dahulu para hadirin disajikan dengan ceramah ringkas yang menuntut kepada tindakan kita sebagai umat Islam untuk membela sesama saudara. Isu Palestin yang menyayat hati ini juga turut disentuh oleh khatib dalam khutbah jumaat, dan solat sunat hajat juga turut diadakan selepas selesai solat Jumaat bagi memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.
Himpunan bermula selepas selesai solat sunat hajat, dan terus berarak ke kedutaan Mesir yang terletak lebih kurang 3km dari masjid. Pelbagai sepanduk dan banner yang secara tegas menyuarakan suara mahasiswa yang mengutuk tindakan zalim rejim zionis. Sepanjang perarakan ke kedutaan Mesir, turut dilaungkan pelbagai kata-kata yang menyokong perjuangan Palestin dan mengutuk rejim zionis dan sekutunya.
Sebaik sampai dihadapan kedutaan Mesir, beberapa wakil dari pihak-pihak yang terlibat menyampaikan ucapan ringkas mereka kepada mahasiswa yang hadir pada himpunan tersebut serta turut disampaikan sajak yang bertemakan Palestin.
Memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan Mesir yang secara umumnya mendesak supaya sempadan Rafah yang dikawal oleh pihak Mesir, dibuka untuk bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada rakyat Palestin. Himpunan ini diakhiri dengan ucapan yang penuh semangat oleh Presiden Gamis, sebelum diminta pihak berkuasa.
Akhir kata semoga suara mahasiswa ini mampu untuk membangkitkan semangat perjuangan kepada mahasiswa yang lain, serta kepada masyarakat Malaysia umumnya.
Baca Seterusnya

Tuesday, January 6, 2009

RAPAT UMUM ANJURAN AMAN PALESTIN



SUMBER: http://www.amanpalestin.org/
Baca Seterusnya

HIMPUNAN MAHASISWA BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL

Satu perhimpunan yang mensasarkan sekitar 1000 mahasiswa akan diadakan sebagai tanda bantahan kezaliman Zionis terhadap pendudukPalestin di Gaza. Butir-butir program adalah seperti berikut :

Tarikh : 9 Januari 2009
Hari : Jumaat
Tempat Berkumpul : Masjid Putra, Putrajaya
Masa : Selepas solat Jumaat
Tema Baju : Warna Hitam

Perhimpunan akan disusuli dengan serahan Memorandum kepada Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.
Baca Seterusnya

Friday, January 2, 2009

AZAM DAN SEMANGAT DI SEMESTER BARU

Setelah hampir sebulan bercuti, mahasiswa dan mahasiswi kembali berkumpul di pusat pengajian mereka bagi meneruskan kembali pengajian dalam semester kedua bagi sesi 2008/2009. Selamat datang kembali diucapkan khususnya kepada mahasiswa/siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sempena awal muharram dan tahun baru ini, marilah kita tanamkan azam dan semangat untuk terus dan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan kita dalam lapangan ilmu ini. Mantapkan diri dan kuatkan semangat dan siap sedia untuk menghadapi hari yang mendatang.
Tahniah juga diucapkan kepada mahasiswa/siswi yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan akhir semester lepas, semoga akan terus berusaha untuk mengekalkannya dan kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha dan tingkatkan usaha, InsyaAllah akan berjaya.
Akhir kata, tempuhilah hari yang mendatang dengan apa yang ada dengan penuh kerelaan dan senang hati. Bergembira dan berbahagialah, optimis dan damaikanlah hidup anda.
Sekian
Mohd Zulfazly bin Fauzi
Exco Sukan dan Rekreasi PMS 08/09
Baca Seterusnya