Wednesday, December 31, 2008

HIMPUNAN BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN


Pada 30 Disember, telah berlangsung satu perhimpunan secara aman di hadapan kedutaan sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas.
Menurut sebuah laporan akhbar tempatan lebih kurang 500 orang awam telah meyertai perhimpunan tersebut yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan NGO dan parti politik bagi membantah serangan zalim rejim Israel keatas umat Islam di Palestin. Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan. Himpunan ini juga turut disertai oleh beberapa orang palestin yang berada di Malaysia.
Perarakan dimulai lebih kurang jam 11.30 pagi bermula di hadapan bangunan Tabung Haji yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu dan berarak terus ke kedutaan Amerika. Mereka membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang yang menyatakan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dan menentang sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel. Turut kedengaran laungan yang menyatakan sokongan kepada Palestin. Antaranya “Hidup Islam, Hidup Palestin, Hancur Israel”.
Menurut jurucakap himpunan, Dr Syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
"Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka," tegas Mohammad Sabu.
Akhir kata, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga sahabat semua agar kita sentiasa mendoakan kejayaan dan pertolongan dari Allah s.w.t keatas umat Islam di Palestin.
Baca Seterusnya

Tuesday, December 30, 2008

AKHIRNYA KU TEMUINYA


Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA, aku dapat memiliki satu lagi permata ilmu yang sangat bernilai untuk dijadikan motivasi dalam kehidupan seharian. Aku mengenali tajuk buku ini iaitu ‘La Tahzan’ semasa membaca buku yang turut ditulis oleh penulis yang sama iaitu Dr .‘Aidh Abdullah Al-Qarni, buku tersebut berjudul ‘Pesona Cinta’.
Selepas selesai membaca ‘Pesona Cinta ‘ sepanjang cuti sem ini, aku rasa perlu untuk memiliki buku ‘La Tahzan’ ini.
Mungkin sahabat boleh memilikinya sekiranya belum, kerana buku Jangan Bersedih ini, aku rasa bagus untuk dijadikan teman.
Baca Seterusnya

Monday, December 29, 2008

AWAL MUHARRAM

Peristiwa ini seakan memberikan kita satu pengajaran yang berguna kepada kita iaitu, setiap sesuatu itu pasti ada mulanya dan pasti juga ada akhirnya kecuali Allah s.w.t.
Sempena dengan tahun baru Islam ini, marilah kita sama-sama musahabah diri tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun lalu, adakah perlu sesuatu perkara itu dikekalkan, adakah perlu ditingkatkan dan adakah perlu dikurangkan.
Perkara yang boleh dikekalkan ialah amalan kita, kerana sebaik- baik amalan ialah amalan yang berkekalan. Perkara yang boleh kita tingkatkan ialah ketaqwaan kita kepada-NYA, dan perkara yang boleh kita kurangkan ialah maksiat kepada-NYA. Meningkatnya iman seseorang ialah dengan bertakwa kepada Allah, dan rendahnya iman seseorang itu dengan melakukan maksiat kepada Allah.
Sama-samalah kita berdoa semoga amalan sepanjang tahun lalu diredhai oleh Allah, dan semoga di sepanjang tahun ini kita akan sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh-NYA.
“Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Selamat sejahtera keatas penghulu kami Nabi Muhammad semulia-mulia utusan dan keatas keluarga juga sekalian sahabatnya. Ya Allah, Engkau yang kekal lagi abadi, di atas keutamaanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU yang amat diharap-harapkan, kini tahun baru telah tiba, kami memohon kepadaMU pelihara daripada syaitan yang direjam dan kuncu-kuncunya dan bala tenteranya. Juga kami memohon perlindungan daripada kejahatan nafsu ammarah, kami mohon rasa keinginan mendampingkan diri melakukan kebajikan, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan serta mencucuri rahmat. Kurniakanlah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda, segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Amin”
Baca Seterusnya

APA ITU ISTIQAMAH?

Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.
Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, ramai orang yang suruh bersabar tetapi tidak ramai mampu bersabar. Seterusnya ramai yang memohon maaf tetapi tidak ramai yang boleh memberi maaf. Dan “adalah baik menjadi orang yang penting tetapi lebih penting menjadi orang yang baik”. Ramai orang zaman sekarang yang ingin menjadi orang yang penting disisi masyarakat, namun tidak ramai yang ingin menjadi orang yang baik disisi masyarakat. Disinilah perlunya istiqamah dalam diri kita, iaitu patuh dan tunduk dengan segala arahan dan larangan-NYA.
Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhaan-NYA, bukannya keredhaan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhanya tetapi tidak bagi Allah s.w.t, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membenci tetapi Allah meredhainya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut.
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).
Baca Seterusnya

UNTUKMU PALESTIN


Al – Fatihah kepada mangsa-mangsa korban keganasan oleh rejim zionis, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t
Kepada saudara-saudara ku di Palestin, pertama sekali ISTIQAMAH LAH DALAM MENGHADAPI PENDERITAAN. Tetapkanlah keimanan kepada Allah s.w.t dalam diri, semoga dapat dijadikan pendorong untuk meneruskan perjuangan di jalan-NYA.
Namun begitu, perjuangan ini perlu mendapat sokongan yang padu dari seluruh umat Islam yang begitu sayangkan Islam, sebagaimana pengorbanan dan kerjasama Rasulullah dan para sahabat dahulu untuk mengembangkan Islam di muka bumi ini.
Sesungguhnya umat Islam itu berbeza dengan umat-umat yang lain. Kerana dasar cinta yang menyatukan kita semua. Lalu apa yang dapat menyatukan kita semua? Kita dapat bersatu kerana keyakinan dan akidah, iaitu dalam kalimah La Ilaha Illallah.
Seorang muslim hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk kemaslahatan semua orang. Jadi apa yang dapat kita sumbangkan? Pertama sekali sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t untuk perjuangan agama-NYA, mengecam tindakan rejim zionis serta teruskan memboikot barangan mereka.
“Mereka (orang-orang yang bersama Rasulullah) adalah orang-orang yang tegas terhadap orang-orang yang kafir, tetapi berkasih- saying terhadap sesama mereka.” (al-fath (48):29).
Baca Seterusnya

Friday, November 21, 2008

“..MUNGKIN BUKAN MILIK KITA..”

Pada suatu ketika, rasulullah s.a.w bercerita kepada para sahabat mengenai gambaran di syurga kelak, setelah baginda di perlihatkan keadaannya oleh Allah s.w.t. Lalu diceritakan kepada para sahabat, setiap nabi akan bersama umatnya yang masuk ke syurga, ada nabi hanya bersama 3 orang pengikut sahaja, dan rasulullah melihat satu kaum yang ramai, lalu baginda menyangka itulah umatnya yang akan masuk syurga, tetapi rupa-rupanya itulah umat nabi Musa a.s.
Lalu rasulullah melihat di satu sudut, satu kaum yang ramai,hitam pekat dan itulah umat Islam yang akan bersama baginda masuk ke syurga. Dan diantaranya terdapat lebih kurang 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.
Lalu setelah rasulullah menceritakan gambaran tersebut, berbincanglah para sahabat mengenai siapakah yang bertuah akan masuk ke syurga tanpa hisab. Lalu ada dikalangan mereka yang berkata” Mungkin itu bukan milik kita, kita ni pernah buat maksiat, dan menyembah berhala dahulu.” Sedang mereka rancak berbincang lalu rasulullah pun bertanyalah kepada mereka tentang apa yang sedang mereka bincangkan. Lalu mereka menjawab” Ya rasulullah kamu sedang berbincang siapakah yang beruntung masuk ke syurga tanpa hisab itu.”
Lalu rasulullah s.a.w berkata “Orang yang akan masuk syurga ini akan ada 4 sifatpada dirinya”
1. Orang yang tidak berjampi (jampi yang dilarang dalam Islam)
2. Orang yang tidak diminta dijampi
3. Orang yang tidak mempercayai tukang2 tilik dan ahli sihir
4. Orang yang kuat takwanya kepada Allah s.w.t
Jadi sahabat semua, apa yang dapat kita lihat disini, bila disebut tentang syurga para sahabat tidak merasakan syurga itu milik mereka, walaupun mereka telah melakukan pengorbanan yang besar dalam memperjuangkan Islam, berbanding dengan kita di zaman sekarang, apabila disebut tentang syurga, ramai yang mengaku itu miliknya. Apakah kita boleh mendakwa syurga itu milik kita sedang kan kita belum diuji oleh Allah.
Bentuk ujian Allah itu bukannya sekadar kesusahan ataupun kesulitan yang kita hadapi, tetapi kadang-kadang Allah sedang menguji kita dengan nikmat dan kemewahan yang kita miliki sekarang.
Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah
Baca Seterusnya

SELAMAT BERCUTI




Setiap sesuatu pasti ada permulaannya dan juga pasti ada pengakhirannya. Bermula minggu depan maka berakhirlah sudah pembelajaran sesi 1 bagi tahun 2008/09 ini di UPSI. Mungkin sudah ada dikalangan kita yang bercuti awal kerana telah habis menduduki semua kertas ujian, dan tidak kurang juga yang terpaksa menunggu hingga ke hari terakhir iaitu hari jumaat untuk menduduki kertas ujian mereka.(Termasuklah diri ku)
Walau apa pun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua teman-teman khususnya yang mengenali diri ku ini. Kepada sesiapa yang pulang dengan kenderaan sendiri berhati-hatilah di perjalanan nanti.
Walaupun pada zahirnya kita bercuti, namun biarlah kehidupan seharian kita nanti penuh dengan pembelajaran. Akhir sekali jangan biarkan IMAN kita turut cuti, biarlah IMAN kita itu sentiasa bergerak untuk mencari keredhaan-NYA.

"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (maksud al-Baqarah: 197)
Baca Seterusnya