"siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Setiap detik dihujani dengan peluru yang tidak bermata ,
Letupan bom yang memusnahkan sekeliling,
Insan tidak berdosa dijadikan korban,
Bangkitlah..
Agar kedamaian itu kembali.
Seumpama buih-buih yang memutih di tepi pantai,
Tiada harganya jika dinilai,
Tiada untungnya jika disimpan,
Juga tiada ruginya jika dibuang,
Kerana kecintaan kepada dunia yang sementara ini
Bangkitlah..
Agar kemenangan menjelma.
Penderitaan saudara ku
Seolah-olah tiada kena kaitannya dengan ku
Lapar dan dahaga mu
Tangis dan kesakitan mu
Aku sekadar terdiam dan kaku
Seolah-olah mengizinkan penderitaan itu berterusan
Dimanakah ikatan syahadah kita sesama saudara yang lain
Bangkitlah..
Agar kekuatan persaudaraan kembali kukuh
0 comments:
Post a Comment