Monday, December 29, 2008

AWAL MUHARRAM

Peristiwa ini seakan memberikan kita satu pengajaran yang berguna kepada kita iaitu, setiap sesuatu itu pasti ada mulanya dan pasti juga ada akhirnya kecuali Allah s.w.t.
Sempena dengan tahun baru Islam ini, marilah kita sama-sama musahabah diri tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun lalu, adakah perlu sesuatu perkara itu dikekalkan, adakah perlu ditingkatkan dan adakah perlu dikurangkan.
Perkara yang boleh dikekalkan ialah amalan kita, kerana sebaik- baik amalan ialah amalan yang berkekalan. Perkara yang boleh kita tingkatkan ialah ketaqwaan kita kepada-NYA, dan perkara yang boleh kita kurangkan ialah maksiat kepada-NYA. Meningkatnya iman seseorang ialah dengan bertakwa kepada Allah, dan rendahnya iman seseorang itu dengan melakukan maksiat kepada Allah.
Sama-samalah kita berdoa semoga amalan sepanjang tahun lalu diredhai oleh Allah, dan semoga di sepanjang tahun ini kita akan sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh-NYA.
“Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Selamat sejahtera keatas penghulu kami Nabi Muhammad semulia-mulia utusan dan keatas keluarga juga sekalian sahabatnya. Ya Allah, Engkau yang kekal lagi abadi, di atas keutamaanMU yang Maha Agong dan kemurahanMU yang amat diharap-harapkan, kini tahun baru telah tiba, kami memohon kepadaMU pelihara daripada syaitan yang direjam dan kuncu-kuncunya dan bala tenteranya. Juga kami memohon perlindungan daripada kejahatan nafsu ammarah, kami mohon rasa keinginan mendampingkan diri melakukan kebajikan, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan serta mencucuri rahmat. Kurniakanlah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda, segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Amin”

0 comments: