Wednesday, December 31, 2008

HIMPUNAN BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL KE ATAS PALESTIN


Pada 30 Disember, telah berlangsung satu perhimpunan secara aman di hadapan kedutaan sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas.
Menurut sebuah laporan akhbar tempatan lebih kurang 500 orang awam telah meyertai perhimpunan tersebut yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan NGO dan parti politik bagi membantah serangan zalim rejim Israel keatas umat Islam di Palestin. Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan. Himpunan ini juga turut disertai oleh beberapa orang palestin yang berada di Malaysia.
Perarakan dimulai lebih kurang jam 11.30 pagi bermula di hadapan bangunan Tabung Haji yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu dan berarak terus ke kedutaan Amerika. Mereka membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang yang menyatakan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dan menentang sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel. Turut kedengaran laungan yang menyatakan sokongan kepada Palestin. Antaranya “Hidup Islam, Hidup Palestin, Hancur Israel”.
Menurut jurucakap himpunan, Dr Syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
"Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka," tegas Mohammad Sabu.
Akhir kata, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga sahabat semua agar kita sentiasa mendoakan kejayaan dan pertolongan dari Allah s.w.t keatas umat Islam di Palestin.

0 comments: