Monday, December 29, 2008

UNTUKMU PALESTIN


Al – Fatihah kepada mangsa-mangsa korban keganasan oleh rejim zionis, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t
Kepada saudara-saudara ku di Palestin, pertama sekali ISTIQAMAH LAH DALAM MENGHADAPI PENDERITAAN. Tetapkanlah keimanan kepada Allah s.w.t dalam diri, semoga dapat dijadikan pendorong untuk meneruskan perjuangan di jalan-NYA.
Namun begitu, perjuangan ini perlu mendapat sokongan yang padu dari seluruh umat Islam yang begitu sayangkan Islam, sebagaimana pengorbanan dan kerjasama Rasulullah dan para sahabat dahulu untuk mengembangkan Islam di muka bumi ini.
Sesungguhnya umat Islam itu berbeza dengan umat-umat yang lain. Kerana dasar cinta yang menyatukan kita semua. Lalu apa yang dapat menyatukan kita semua? Kita dapat bersatu kerana keyakinan dan akidah, iaitu dalam kalimah La Ilaha Illallah.
Seorang muslim hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk kemaslahatan semua orang. Jadi apa yang dapat kita sumbangkan? Pertama sekali sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t untuk perjuangan agama-NYA, mengecam tindakan rejim zionis serta teruskan memboikot barangan mereka.
“Mereka (orang-orang yang bersama Rasulullah) adalah orang-orang yang tegas terhadap orang-orang yang kafir, tetapi berkasih- saying terhadap sesama mereka.” (al-fath (48):29).

0 comments: