Friday, November 21, 2008

“..MUNGKIN BUKAN MILIK KITA..”

Pada suatu ketika, rasulullah s.a.w bercerita kepada para sahabat mengenai gambaran di syurga kelak, setelah baginda di perlihatkan keadaannya oleh Allah s.w.t. Lalu diceritakan kepada para sahabat, setiap nabi akan bersama umatnya yang masuk ke syurga, ada nabi hanya bersama 3 orang pengikut sahaja, dan rasulullah melihat satu kaum yang ramai, lalu baginda menyangka itulah umatnya yang akan masuk syurga, tetapi rupa-rupanya itulah umat nabi Musa a.s.
Lalu rasulullah melihat di satu sudut, satu kaum yang ramai,hitam pekat dan itulah umat Islam yang akan bersama baginda masuk ke syurga. Dan diantaranya terdapat lebih kurang 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa hisab.
Lalu setelah rasulullah menceritakan gambaran tersebut, berbincanglah para sahabat mengenai siapakah yang bertuah akan masuk ke syurga tanpa hisab. Lalu ada dikalangan mereka yang berkata” Mungkin itu bukan milik kita, kita ni pernah buat maksiat, dan menyembah berhala dahulu.” Sedang mereka rancak berbincang lalu rasulullah pun bertanyalah kepada mereka tentang apa yang sedang mereka bincangkan. Lalu mereka menjawab” Ya rasulullah kamu sedang berbincang siapakah yang beruntung masuk ke syurga tanpa hisab itu.”
Lalu rasulullah s.a.w berkata “Orang yang akan masuk syurga ini akan ada 4 sifatpada dirinya”
1. Orang yang tidak berjampi (jampi yang dilarang dalam Islam)
2. Orang yang tidak diminta dijampi
3. Orang yang tidak mempercayai tukang2 tilik dan ahli sihir
4. Orang yang kuat takwanya kepada Allah s.w.t
Jadi sahabat semua, apa yang dapat kita lihat disini, bila disebut tentang syurga para sahabat tidak merasakan syurga itu milik mereka, walaupun mereka telah melakukan pengorbanan yang besar dalam memperjuangkan Islam, berbanding dengan kita di zaman sekarang, apabila disebut tentang syurga, ramai yang mengaku itu miliknya. Apakah kita boleh mendakwa syurga itu milik kita sedang kan kita belum diuji oleh Allah.
Bentuk ujian Allah itu bukannya sekadar kesusahan ataupun kesulitan yang kita hadapi, tetapi kadang-kadang Allah sedang menguji kita dengan nikmat dan kemewahan yang kita miliki sekarang.
Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah

0 comments: