Friday, November 14, 2008

APA KHABAR PALESTIN

Bagaimanakah nasib-nasib saudara seagama kita disana. Apakah masih lagi berdepan dengan pelbagai dugaan dan tidak kurang juga penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab( Yahudi dan sekutunya).
“Kemesraan, kasih saying, dan saling berbalas kasihan antara orang Mukmin diibaratkan seperti satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan akan merasa panas dan gusar.”(riwayat al-bukhari dan muslim)
Namun, sokongan umat Islam dari luar Palestin masih belum mencukupi untuk menentang rejim yang zalim itu. Bagi membantu saudara kita di Palestin, yang pertama sekali kita haruslah sentiasa peka dan faham tentang isu Palestin, setelah kenal barulah kita cinta, iaitu mencintai palestin dan Al-Quds. Akhir sekali barulah kita menghulurkan bantuan kepada saudara kita yang memperjuangkan hak mereka yang mana secara tidak langsung turut mempertahankan agama Islam.
Jadi apa yang penting sekarang ini, kita haruslah memahami Islam dengan kefahaman yang betul dan tetap, agar aqidah kita benar-benar mantap dan sukar untuk digugat. Pada masa itu barulah merasai kemanisan imam, yang lahir dari perasaan takwa kepada Allah dan takwa itu boleh lahir dengan rasa takut dan gerun kepada Allah melebihi rasa takut dan gerun sesama makhlukNYA.
“Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah tertinggi, maka ia berada di jalan Allah”(riwayat al bukhari dan muslim)

0 comments: