Wednesday, November 12, 2008

Impian menjadi kenyataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu menerbitkan sebuah blog sendiri dengan keizinanNya, yang selama ini hanyalah sekadar impian, namun sesuatu impian itu jika diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaallah impian itu pasti akan menjadi kenyataan.
Di akhir zaman ini, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini dengan slogan dunia tanpa sempadan ini, menjadikan pelbagai maklumatboleh didapati dengan pelbagai cara. Satu daripadanya ialah blog, yang mana boleh menjadi satu medium@perantaraan untuk mendapatkan sesuatu berita serta boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
Sebagai umat islam kita haruslah cemerlang dengan teknologi sebagai mana firman Allah yang bermaksud:" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan kuda-kuda yang ditambah untuk berperang(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh". An- Anfal, 60
Oleh itu, diharapkan blog ini dapat memenuhi tuntutan tersebut, selain itu ia juga diharapkan mampu menjalinkan hubungan yang lebih luas antara saya dengan pembaca..Insyaallah.

Sekian

Ibnu fauzi
Khamis, 13 November 2008
Bersamaan 15 Zulkaedah 1429

0 comments: