Thursday, November 20, 2008

MASIH MENUNGGU

Di saat ini, aku masih lagi menanti untuk menduduki kertas ujian terakhir untuk semester ini, iaitu kertas Instrumentasi Asas yang dijadualkan akan bermula pada 21/11 ini.InsyaAllah.
Jarak masa selama 9 hari dengan kertas ujian yang terakhir aku duduki iaitu pada 12/11 untuk kertas Termodinamik, memberikan aku lebih masa untuk mengulangkaji subjek ini. Namun kadang-kadang ada juga timbul rasa bosan akibat jarak masa yang terlalu lama ini. Mungkin sesetengah orang sukakannya kerana dapat memberikan mereka waktu secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi bagi aku jarak masa ini adalah terlalu lama. Tetapi aku bernasib baik kerana teman serumahku seramai 5 orang juga turut menunggu seperti aku. Jadi tidaklah terasa sunyi sangat.
Namun, aku masih lagi kuatkan diri untuk mengulangkaji subjek ini sehingga ke saat ini. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya, sebaliknya untuk mendapatkan ilmu kita kena berusaha untuk mendapatkannya dan apabila mendapatnya kita hendaklah menghargainya.
Semoga semua sahabat dapat menjalani kertas yang terakhir ini dengan jayanya.
“Wahai tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur.” Amin.

0 comments: