Thursday, November 13, 2008

Dakwaan bayaran ceramah RM8000 sejam angkasawan

Sehingga kini, dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap angkasawan pertama negara masih lagi belum dibuktikan atau belum ada aduan formal mengenainya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pihak kementerian dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menyiasat dakwaan ini, kerana ianya turut melibatkan nama baik negara di mata dunia sekali gus. Oleh itu pihak kementerian berharap jika ada bukti yang boleh menyokong dakwaan ini, bolehlah dikemukan kepada kementerian untuk dilakukan siasatan.

Timbalan Menteri MOSTI menegaskan bahawa angkasawan itu kini bergerak menerusi Agensi Angkasa di bawah kementeriannya dan tiada caj yang dikenakan jika beliau menyampaikan ceramah anjuran kementerian berkenaan.

Timbalan Menterinya juga turut menegaskan bahawa akan mengumumkan hasil siasatan setelah laporan kes itu siap sepenuhnya.

0 comments: