Thursday, November 13, 2008

Kisah Seorang Guru dengan Muridnya

Pada suatu hari, seorang ustaz ingin berceritakan kepada murid-muridnya tentang syurga dan neraka. Lalu diceritakan terlebih dahulu kepada muridnya tentang pelbagai nikmat di syurga, yang terlalu indah untuk dibayangkan. Setelah selesai lalu ustaz tersebut berkata :" siapa dikalangan kamu yang ingin masuk syurga kelak, angkat tangan?".Lalu semua murid mengangkat tangan, kecuali seorang.

Lalu ustaz tersebut pun meneruskan bercerita dengan azab siksaan di neraka, yang sangat pedih dan berat siksaannya. Setelah selesai ustaz tersebut bertanya kepada muridnya:"siapa dikalangan kamu yang tidak ingin masuk neraka kelak, angkat tangan?". Lalu semua murid mengangkat tangan kecuali seorang murid yang sama tadi.

Lalu ustaz tersebut pun menghampiri murid tersebut, dan bertanya"mat kamu ni nak kemana, syurga pun xnak neraka pun xnak?" Lalu murid tersebut pun menjawab:"Ustaz, saya xnak kemana-mana, sebab mak ayah saya pesan lepas sekolah xpayah pergi ke mana-mana".

Jadi berdasarkan cerita diatas dapat saya ulaskan sedikit disini bahawa, hidup kita ini haruslah ada arah tujuannya, supaya apa yang akan kita lakukan adalah bersesuaian dan mampu mencapai tujuan yang kita tetapkan. Sebagai penganut Islam kita tidak dapat lari dari satu tujuan yang satu, iaitu mengharapkan keredhaan dari Allah s.w.t.

"Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah"
Ya Allah aku mohon redhaMU dan syurgaMu..Amin

0 comments: