Saturday, November 15, 2008

Pengharaman 'Pengkid'

Pada 23 Oktober yang lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat satu keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau ‘pengkid’. Keputusan ini telah dibuat bagi mengelakkan gejala ini semakin menular di negara kita.

Namun, masih ada segelintir pihak yang cuba melakukan provokasi bagi membantah keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Golongan ini dilaporkan menganjurkan protes umum ataupun membuat kritikan terbuka terhadap keputusan ini. Protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

Mungkin golongan ini tidak mengerti atau pun tidak tahu proses sesuatu keputusan ataupun fatwa baru yang akan dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.
Bagi yang beragama Islam, mereka haruslah sedar bahawa keputusan ini dibuat bagi menjaga kesejahteraan ummah dan juga nur islam khususnya. Dan bagi yang non-muslim mereka haruslah sedar dan tahu menghormati agama Islam yang telah termaktub didalam perlembagaan.

Sebagai seorang umat islam, kita haruslah bertanggungjawab untuk mempertahankan kesucian Islam dan saling menasihati diantara satu sama lain.

p/s “Kenali dan fahami Islam itu sepenuhnya, barulah lahir rasa cinta dan sayang pada Islam, dan yang paling indah ialah lahirnya rasa taqwa kepada Allah.”

0 comments: