Friday, November 14, 2008

Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Ke-3

Setelah bersidang selama 4 hari di Melaka yang berakhir pada 6 November lalu, maka 6 resolusi telah diluluskan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran bagi pertimbangan dan tindakan susulan seterusnya.Berikut ialah resolusinya:

1. Memohon kepada kementerian melengkapkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) seperti komputer riba dengan talian internet, di semua Unit Bimbingan dan Kaunseling setiap sekolah di seluruh negara.

2. Meminta kementerian mengkaji semula peruntukan Bantuan Perkapita Unit Kaunseling dengan kadar RM 4.50 seorang kepada RM20

3. Memohon kementerian menyediakan peruntukan khas bagi menaiktaraf bilik serta kemudahan unit berkenaan untuk kesejahteraan murid

4. Memohon untuk diwujudkan sub-unit bimbingan dan kaunseling di Sektor Hal Ehwal Murid di Kementerian Pelajaran, selain di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di jabatan pelajaran negeri serta Pegawai Bimbingan dan Kaunseling di pejabat pelajaran daerah

5. Memohon kementerian menyediakan peruntukan khas bagi tujuan latihan peningkatan profesionalisme guru terbabit di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa (Program Pengantarabangsaan Sekolah)

6. Memohon agar jawatan kaunselor Gred Terbuka di Bahagian Psikologi dan Kaunseling di peringkat kementerian, JPN dan daerah dikhususkan kepada guru memiliki latar belakang bidang berkenaan kerana lebih memahami dan menjiwai keperluan pelajar yang memerlukan perkhidmatan kaunseling

Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Zam Zam Omar, berkata resolusi itu diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussien pada majlis penutupan persidangan berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Sambil menegaskan bahawa pihaknya akan sentiasa berusaha memikul tanggungjawab melaksanakan dasar, operasi, proses dan prosedur Kementerian Pelajaran dalam merealisasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
(sumber Berita Harian)

0 comments: