Saturday, November 15, 2008

SAINGAN SENGIT KE SBP

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru ini menyaksikan seramai 46,461 calon yang mendapat 5A, namun menurut sumber kementerian hanya 6,100 daripadanya berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Selain itu pihak MARA juga turut menyediakan 5,320 tempat kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bagi memasuki Tingkatan Satu di 38 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara, bagi sesi persekolahan tahun depan.

Saingan sengit pastinya berlaku kerana pihak kementerian memberitahu bahawa telah menerima sebanyak 92,800 permohonan. Kementerian juga sedang melakukan pemilihan pelajar yang sesuai dengan satu penilaian khas akan dilakukan bagi menentukan sama ada mereka benar-benar layak belajar di SBP.

4 aspek utama yang akan diambil kira dalam penilaian khas tersebut iaitu pencapaian akademik, taraf pendapatan serta lokasi tempat tinggal, kokurikulum dan bakat kepemimpinan.

Keputusan sama ada murid itu layak atau tidak diketahui sebelum sambutan Krismas, 25 Disember ini bagi permohonan ke SBP. Manakala untuk ke MRSM permohonan kini dibuka dan calon yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan mendapatkan borang di semua pejabat Mara negeri dan daerah seluruh negara, manakala semakan boleh dibuat pada minggu terakhir Januari.

0 comments: