Tuesday, November 18, 2008

BAGAIMANA JALANNYA?

Pernahkah sahabat-sahabat terfikir bagaimana jalannya untuk kita merealisasikan sistem Islam di bumi ini.

Sebagai penganut Islam, kita percaya bahawa Islam merupakan sebaik-baik sistem hidup untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Sejarah juga telah membuktikan bahawa Islam ini mampu untuk kita mencapai kembali kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial, sebagai contoh di zaman pemerintahan Rasullah s.a.w dan juga di zaman pemerintahan khulafah Ar-Ryashidin.

Namun bagaimanakah jalannya untuk merealisasikan pemerintahan Islam dizaman sekarang,alam yang penuh dengan golongan anti-islam dan juga dikalangan negara-negara Islam yang diperintah oleh pemerintah-pemerintah yang menentang Islam sama ada secara jelas atau pun tersembunyi.

BERIMAN. Itulah jalan untuk merealisasikan sistem Islam di bumi Allah ini. Jika di awal permulaan Islam dahulu, imam menjadi pembangunnya, maka imam jugalah yang diperlukan untuk menjadi pembangun Islam di akhir zaman ini.
Jika dahulu umat Islam menghadapi dua empayar yang paling kuat di zaman itu, iaitu empayar Rome dan empayar Parsi, dan kedua-duanya mempunyai kelengkapan yang berkali ganda melebihi umat Islam, baik dari segi tenaga manusia, bekalan-bekalan senjata, kekayaan, politik dan sebagainya.

Namun, atas faktor IMAN inilah sebilangan kecil umat Islam mampu menumpaskan kedua-dua empayar ini. IMAN inilah yang mendorong umat Islam untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini dengan penuh keberanian.

“Bukankah tiada dinding lagi diantaraku dengan syurga, melainkan hanya aku pasti berjuang membunuh lelaki ini (penentang Islam), atau aku dibunuh olehnya.”Lalu penuh semangat pejuang islam menuju ke arah musuh.

“Kamu tidak menunggu kami melainkan untuk memberikan kami salah satu dari dua hadiah yang paling cemerlang iaitu kemenangan Islam atau mati syahid. Kata – kata ini menunjukkan kekuatan iman pejuang Islam di zaman dahulu yang menjadi pendorong untuk berjuang.

Jalan untuk menegakkan Islam ini TIDAK dihampari dengan bunga-bunga, malah jalan ini penuh dengan keringat-keringat, darah dan air mata.
Sahabat-sahabat semua, KUATKANLAH IMAN, AGAR TERTEGAK ISLAM DI BUMI ALLAH INI.

“Dan bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang) dan di hari ini bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-NYA dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”(Ar-Ruum:4-5)

0 comments: