Wednesday, November 19, 2008

PENGORBANAN

Setiap jalan yang dilalui untuk menegakkan sistem Islam tidak akan dihampari oleh bunga-bunga, sebaliknya jalan itu penuh dengan keringat-keringat, darah dan air mata. Itulah pengorbanan yang diperlukan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Setiap dakwah memerlukan pengorbanan, dan setiap kemenangan juga memerlukan banyak pengorbanan. Kerana itulah perjuangan kita untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini memerlukan pengorbanan yang sewajarnya. Namun pengorbanan yang diberikan itu, sepatutnya kurang daripada pengorbanan yang perlu kita bayar untuk mengekalkan sistem@ pemerintah @ penjajah yang zalim yang telah meletakkan Islam dalam kedudukan yang hina-dina dan miskin pada hari ini.
Islam itu sebenarnya sentiasa bergerak maju dan kuat, walaupun digugat dari pelbagai sudut dan dari pelbagai pihak yang anti-Islam, kerana sebenarnya dunia sedang menantikan kemunculan dan kebangkitan baru Islam. Tugas islam kepada manusia umumnya tidak jauh bezanya berbanding tugasnya di awal permulaan islam dahulu, iaitu mewujudkan satu sistem yang dapat membela dan memberikan keadilan sejagat, serta mampu memberikan keseimbangan dari sudut tuntutan kebendaan dan juga tuntutan kerohaniah untuk bekalan di akhirat kelak.
Kelak, dunia yang sedang lemas dengan perlumbangan kebendaan dan tidak pernah aman dengan pelbagai pergolakan pasti akan mencari kembali satu sistem yang dapat memberikan keseimbangan tuntutan dunia dan juga tuntutan rohaniah, iaitu sistem ISLAM.
Oleh itu bagi kita umat Islam yang ingin merealisasikan sistem Islam di muka bumi Islam ini, memerlukan banyak pengorbanan seperti pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di zaman lampau bagi menyakinkan kepada dunia, bahawa kebaikan-kebaikan Islam ini. NAMUN PENGORBANAN INI TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH. FirmanNYA:”Allah akan menolong mereka yang memperjuangkan ajaranNYA; sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.”
SUNGGUH BENAR FIRMAN ALLAH YANG MAHA BESAR.

0 comments: