Thursday, November 20, 2008

“…DENGARLAH DAN TAATLAH..”

Lalu berkatalah Saidina Umar Al-Khatab r.a ketika hendak memulakan ucapannya:”Wahai umat islam dengarlah dan taatlah.”. Namun sebaik sahaja Saidina Umar berkata demikian, maka bangunlah sahabat yang bernama ibnu Abbas r.a, lalu beliau berkata:” Wahai umat islam jangan dengar dan jangan taat”. Dan Saidina Umar r.a bertanya: “Kenapa wahai ibnu Abbas?.
Lalu Ibnu Abbas r.a berkata:” Wahai Umar sebelum kamu menyuruh kami mendengar dan taat akan ucapanmu, terlebih dahulu kamu kena jelaskan baju yang kamu pakai tu, kamu ambil dari mana?”. Kebetulan ketika itu Saidina Umar r.a memakai sehelai jubah yang diperbuat dari kain rampasan perang, dan kain rampasan perang itu selepas perang telah dibahagikan dan diagihkan untuk setiap orang hinggakan tidak cukup untuk seseorang itu hendak membuat baju.
Lalu Saidina Umar pun menjawab, “wahai ibnu Umar sila bangun”. Namun tiada seorang pun yang bangun dikalangan mereka. Lalu Saidina Umar berkata sekali lagi, “Wahai Abdullah bin Umar sila bangun”. Lalu bangunlah Abdullah dan Saidina Umar menyuruh beliau jelaskan.
Lalu Abdullah pun berkata,” Baju yang ayah saya pakai itu , separuh darinya adalah bahagian ayah saya sendiri dan separuh lagi adalah bahagian saya, yang saya sedekahkan kepadanya.” Jelas Abdullah.
Selepas mendengar penjelasan dari Abdullah, lalu berkatalah ibnu Abbas r.a: “Baiklah, dengarlah dan taatlah”.
Apa yang menarik saya ingin kongsikan di sini ialah di zaman kegemilangan Islam dahulu, sentiasa wujud tabiat atau perlakuan saling tegur-menegur dan saling menasihati, agar mereka dapat menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia juga dapat menghalang seseorang daripada terus melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t.
Ia juga mengambarkan sikap hati-hati para sahabat dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak melakukan sesuatu kemungkaran kepada Allahs.w.t. Sikap hati-hati ini adalah penting kerana ianya dapat mengambarkan kekuatan TAKWA seseorang itu kepada Allah s.w.t. Kerana TAKWA itu boleh dikatakan sebagai sikap yang berhati-hati dalam mengerjakan sesuatu perkara agar tidak terlanggar peraturan yang Allah s.w.t tetapkan. Sekian
p/s : sama-samalah kita tingkatkan Iman dan Takwa kepada Allah s.w.t

0 comments: